Pages

Total Pageviews

Sunday 12 January 2014

CABLE CAR

DAY 2

18/11/13 (ISNIN)

                 Hari ke 2 di Langkawi; Pagi-pagi lagi kami telah bersiap untuk lawatan. Bas akan datang mengambil kami jam 8.00 pagi. Semua ahli rombongan telah berkumpul untuk bersarapan terlebih dahulu. Selesai bersarapan, bas yang membawa kami sampai tepat pada masanya. Hari ini Tourist Guied kami bertukar orang. Dia menggelarkan dirinya Kak Ani. Sungguh baik dan peramah. Mulutnya lancar memberi penerangan kepada kami tentang aktiviti hari ini.

Tourist Guied kami.
           Destinasi pertama kami hari  ini ialah melawat ke kilang minyak gamat. Di sini, kami dapat melihat proses memasak minyak gamat. Selain itu kami juga berpeluang untuk membeli minyak gamat dan berbagai jenis ubat-ubatan yang lain. Hampir setengah jam di sini, kami dibawa pula ke pusat batik. Di sini kain batik dari Indonesia dijual dengan harga yang agak murah. Walau bagaimanapun kami tidak boleh membeli banyak kerana salah di sisi undang-undang. Jika kastam tahu kami ada membawa lebih dari 3 helai, kain itu akan dirampas. Jadi kalau nak membeli kain batik Indonesia ini, pandai-pandailah menyembunyikannya. Aku lihat mak dan mak busu membeli beberapa helai kain batik lepas, begitu juga ahli rombongan yang lain. Aku tak beli pun..yang ada kat rumah pun tak habis pakai...

Merasa minya gamat yang sedang mendidih. Rasanya hanya suam-suam kuku je..
Baby yang comel..
Pelbagai jenis herba dan akar kayu. 

Pam & kak Ros shopping minyak gamat.
Amboi mak...sampai terlopong...pilih-pilih..
shopping batek pulak..
         Dari pusat batik itu, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu menaiki Cable Car ke Gunung Mat Cincang. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 15 minit. Sampai di stesyen Cable Car, orang ramai berbaris untuk mendapatkan tiket. Ahli rombongan kami tidak menghadapi masalah kerana semuanya telah diuruskan oleh Tourist Guied kami. Kami melalui express lane untuk naik ke tingkat atas menunggu giliran menaiki cable car jam 10.45 pagi. Kami berada di lane 30 minit. Ini bermakna 30 minit lagi kami akan sampai ke tempat gondola mengambil penumpang. Macam-macam gelagat manusia yang dapat aku perhatikan..

         Tibalah masanya giliran kami menaiki gondola. Ini adalah pengalamanku kali ke dua. Kali pertama, pada tahun 2008 bersama familyku. Kali ini mak dan mak busu tidak ikut serta. Mereka hanya menunggu di bawah. Satu gondola boleh memuatkan seramai 6 orang, tapi kami hanya 5 orang kerana masing2 tidak mahu berpisah daripada family atau group masing2. Aku, kak Ros, kak Siti, Zira dan Haiza menaiki gondola yang sama. Masing-masing aku lihat terkumat-kamit membaca doa. Tidak dinafikan, yang aku juga berasa gayat walaupun dah banyak kali menaiki cable car di Genting Highland. Dalam hatiku juga berdoa semoga segalanya dipermudahkan dan tiada perkara yang tidak diingini berlakku.

             Sungguh cantik panorama yang dapat dilihat dari dalam gondola. Masing2 tidak melepaskan peluang untuk  mengambil gambar. Ada juga perkara yang melucukan, Zira anak kak Ros aku lihat menutup mukanya kerana tidak mahu melihat ke bawah sambil memeluk tiang besi kuat2. Sampai di stesen pertama kami tidak turun. Kalau turun, entah bila pula kami akan lepas ke puncak. Kami terus ke stesen di puncak gunung Mat Cincang untuk menjimatkan masa. 

            Sampai di puncak, udaranya sungguh nyaman dengan panorama yang sungguh menakjubkan. "Subhanallah....bertapa aku mengagumi kebesaran dan kekuasaanMu Allah....Engkaulah maha pencipta yang tiada siapa dapat menandingi alam ciptaanMu ini. Alhamdulillah...kerana aku masih diberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaanMu ini Ya Allah..terima kasih atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Semoga kami terus diberi peluang dan kesempatan untuk bersyukur kepadaMu Ya Allah."

           Setelah puas menikmati keindahan dan kesegaran udara di puncak gunung, kami menaiki gondola untuk turun. Sampai di stesen bawah, foto2 kami telah menunggu untuk dibeli. Semasa kami menaiki gondola, juru foto telah mengambil gambar kami dan apabila turun foto kami telah ready untuk dibeli. Kak Ros sahaja yang membeli kerana hanya satu keping yang diprint. Kalau nak lagi, kami terpaksa menunggu. Takpelah...harganya pun boleh tahan..RM30 sekeping. Aku snap je gambar tu menggunakan GS4 ku...jimat RM30...

          Sampai di kawasan parking, bas kami sudah hampir penuh. Rupanya kami group yang terakhir sampai. Kami terus dibawa ke sebuah tempat makan yang popular di Langkawi untuk menikmati makan tengah hari. ( Aku dah lupa pula apa nama kedai makan tu.) Boleh tahan juga, banyak sungguh menu yang disediakan selain menu utamanya sea food dan ayam bakar. Minuman pula diberi secara percuma. Harganya sangat berpatutan. Patutlah kedai ini dipenuhi pelanggan. Alhamdulillah...

Menunggu giliran





Air terjun Telaga Tujuh