Pages

Total Pageviews

Sunday 7 June 2015

KOREA PART 9 -GOOD BYE SEOUL

DAY 5
7th Dec 2015 (Monday)
lAST DAY IN KOREA

Alhamdulillah..pagi ini hubby dah semakin sihat.
Sementara menunggu untuk check out, aku mengemas dan packing apa yang patut.
Hubby pula nak keluar jalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan hotel.
Sekejapnya masa berlalu..sedar tak sedar dah lima hari kami di sini.
Petang ni kami akan terbang pulang ke sangkar kami di tanah tumpah darah tercinta bumi Malaysia.
Betullah kata pepatah hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
Rindu ku kepada anak-anak, rumah dan kawan-kawan semakin terasa.
Semakin bersemangat aku mengemas.
Insya Allah, esok aku akan sampai ke rumah dan bertemu dengan semua yang aku rindu.

Jam 11.00 pagi kami berkumpul di lobi hotel.
Seorang wanita sebaya Nina datang menjemput kami.
Kami berlima menaiki sebuah mpv yang dipandu oleh oleh wanita yang menjemput kami.
Sembilan orang lagi telah menaiki flight pagi tadi kerana mereka akan pulang ke Singapore.
Tinggallah kami berlima sahaja.

Sepanjang jalan ke Anchion International Airport, aku lihat salji memutih dan semakin menebal di kiri kanan jalan.
Kenapalah sepanjang kami di sini, hanya sekali sahaja kami dapat menikmati salji yang turun.
Itu pun hari pertama kami sampai di sini.
Hampir 1jam juga perjalanan dari hotel ke airport.
Sampai di airport salji sungguh tebal.
Kereta-kereta di parkir semua dilitupi salji begitu juga dengan bumbung bangunan berhampiran.
Ketika kami sampai deraian salji yang halus turun seolah-olah mengiringi kepulangan kami.
Harapan nak melihat salji yang turun dengan lebat tidak kesampaian.
Bukan rezeki kami agaknya.

Setelah urusan check in dan bagasi selesai, kami terus ke departure hall.
Sebelum itu kami lunch, itupun dengan roti dan telur rebus sahaja.
Untuk ke departure hall kami kena menaiki train.
Hubby mengajak aku solat dahulu sebelum menaiki train.
Aku mencari-cari tunjuk arah di mana terletaknya musalla atau bilik solat.
Sedang mencari-cari itu, kami terserempak dengan pertunjukan perkahwinan tradisional Korea.
Sempat juga bergambar dengan mereka.

Akhirnya berjumpa juga dengan bilik solat.
Alhamdulillah...ada juga ...walau pun terpaksa berkongsi dengan lelaki.
Masa di Beijing dahulu kami solat di ruang menunggu hanya dilindungi dengan troli sahaja.
Selesai solat, kami terus menaiki train ke departure hall.
Ramai juga orang Malaysia yang akan pulang hari ini.

Sementara menunggu tu, sempat juga aku dan hubby membeli belah.
Bukan apa, nak habiskan Korea Won yang masih berbaki.
Kalau tak... nak buat apa...nak tukar di bank tak padan.
Beli jelah apa yang patut.

Tepat jam 4 petang, kami dibenarkan masuk ke flight.
Good bye Korea.
Insya Allah....kami akan datang lagi nanti..
Itu pun kalau ada ongkosnya..

Bye semua...jumpa lain kali.


KOREA PART 8 - DEMAM LAGI

DAY 4
6th Dec 2015 (Sunday)
-Stadium FIFA
-Kimchi Experience Hall
-Tricky Museum
-Duty Free Mall 

Bangun pagi bersiap untuk lawatan seterusnya.
Hubby masih demam. Makan pun tak berselera.
Aku mula risau.
Ubat yang Nina beri 2 hari lepas dah habis.
Kena beli ubat lain, lepas ni.

Selepas bersarapan, kami menaiki bas untuk ke Stadium FIFA.
Di sinilah bertempatnya FIFA World Cup pada tahun 2002.
Sebahagian padang telah dilitupi salji.


 
Jom kita ke pergi buat kimchi pulak..
Seronok juga dapat buat kimchi.
Pelik jugakan..macam mana orang Korea suka sangat makan kimchi.
Bukannya sedap sangat kimchi tu..masam..aku bukannya suka benda yang masam-masam ni..

Lepas buat kimchi kita possing pulak dengan memakai Ambok, pakaian tradisional Korea.
Saksikanlah ye..betapa Koreanya kami tika itu.
Walaupun hubby demam, tapi mantain hensem...ala-ala pahlawan gitu.
amboi...dalam demam tu sempat juga selfie dgn NIna.
 Oklah..dari Kimchi experience Hall kita ke Tricky Meseum pula..
Macam-macam lukisan tricky di situ. Possing jelah kita..
Camera man demam..so possing sikit-sikit je..
Keluar dari sini, aku dan hubby mencari farmacy nak beli ubat demam hubby.
Mujurlah jurujual tu faham bahasa Inggeris.
Aku menunjukkan ubat itu kepada Nina sebab pada kotak langsung tiada tulisan yang boleh dibaca.
Nina memberi tahu, ubat itu perlu diambil 3 kali sehari selepas makan.
Ok..thank you  so much Nina.
Lunch hari ini kami makan di restoran Morocco itu lagi.
Hubby langsung tak boleh makan sebab tekaknya sakit.
Tapi aku paksa juga hubby makan sebab nak ambil ubat.
Aku tengok hubby macam tak berdaya untuk menelan.
Akhirnya hubby membuat keputusan untuk balik ke hotel.
Dia dah tak larat untuk berjalan lagi.
Dalam kebimbangan aku melepaskan hubby.
Hubby menaiki teksi balik ke hotel dengan bantuan Nina.
Nina kata hotel kami agak jauh dari situ.
Tapi aku tak perlu risau kata Nina. Dia dah call hotel memberitahu keadaan hubby.
Setelah selamat sampai di hotel, Nina menerima panggilan dari hotel memberitahu tentang hubby.
Barulah lega hatiku.
Dengan bantuan Nina, aku dapat bercakap dengan hubby.
Hubby kata sampai di hotel dia muntah. Lepas tu barulah dia rasa lega sedikit.
Alhamdulillah...moga demam hubby tidak berterusan.
Esok kami akan terbang pulang. Insya Allah.
Sempat juga hubby post gambarnya kepada ku melalui whatsApp.
Inilah rupa orang demam..
Destinasi kami seterusnya ke Duty Free Mall.
Semua barangan berjenama original dijual di sini seperti perfume, barangan kulit, gajet dll.
Aduhai...walaupun duty free tapi harganya masih tidak mampu untuk aku membelinya.
Harga yang dipamerkan semua dalam USD.
Telan air liur ajelah..
Jenama idaman ku..tapi belum mampu untuk memilikinya. Mampu beli yang replika sajelah.
Setelah 1 jam di sini, Nina membawa kami ke tempat shopping yang lebih sesuai  dengan kami.
Target kami untuk pergi ke pasar Namdaemun, tapi tidak kesampaian kerana kami tidak larat untuk menapak dalam cuaca yang terlalu sejuk ini. 
Bas memberhentikan kami di kawasan Myeongdong. 
Dari sini untuk ke Namdaemun agak jauh juga bila kami tengok pada peta di tembok tepi jalan.
Kami mengambil keputusan untuk berjalan di kawasan situ sahaja.
Nina memberi kebebasan kepada kami dan berjanji akan berjumpa dengan kami di hadapan butik Zara pada jam 7.30 p.m.
Myeondong ini juga merupakan tempat untuk membeli belah yang terkenal di Seoul.
Selain menempatkan butik-butik terkenal dunia, kawasan ini juga terdapat beberapa buah Mall.
Untuk golongan bawahan seperti kami, di sini juga terdapat pasar malam seperti di Jalan TAR dan Masjid Jamek di KL.

Setelah penat membeli belah tibalah masa untuk makan pula.
Dalam cuaca sejuk macam ni perut cepat lapar.
Malam ini Nina membawa kami ke sea food restoran lagi.
Dah lama tak makan ikan bakar. Rasa sedap pulak ikan bakar cicah kicap cair Korea.
Ikan bilis goreng pun sedap juga.
Kalau dah lapar semuanya sedap.
Teringat pula hubby kat hotel...
Nina membungkuskan nasi dan lauk untuk hubby.

Kami balik ke hotel.
Malam ini, malam terakhir kami di Korea.
Malam ini juga kami berpisah dengan Nina. 
Esok orang lain yang akan menghantar kami ke airport.
Kami akan check out tengah hari esok.
Pagi esok kami berehat di hotel sahaja.
Good bye Nina...
We will see you again next time.
Thanks for every thing.
Good bye Nina
Berakhirlah lawatan kami di Korea.
Esok hari terakhir kami di bumi Sonata ini.
Terasa cepat masa berlalu.
Cerita seterusnya aku sambung lepas ni ok.
Assalamualaikum semua.... 
 

 
  
 

KOREA PART 7 - MENARA CINTA

DAY 3
5th Dec 2015 (Saturday)
Museum of Seoul & Seoul Tower

Hari ke 3 di bumi Seoul.
Kedinginan hingga ke tulang. Salji memutih di bumi...indahnya alam ciptaan Allah.
Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada ku untuk menghirup udara segar di bumi Mu ini dan menikmati keindahan alam serta mengagumi kebesaran dan kekuasaanMu.

Pagi ini, breakfast pertama kami di Mate Hotel.
Aku dan hubby hanya minum jus oren, roti kosong dan 2 biji telur rebus.
Sejak di sini, aku rasa telur rebus sangat lazat. Alhamdulillah...

Pagi ini group kami diketuai oleh Nina yang manis menuju ke bandar Seoul.
Pagi ini kami memulakan lawatan ke Museum of Seoul dan Seoul Palace.
Masa sentiasa menghambat kami.
Nina tidak memberi peluang kepada kami untuk berlama-lama di dalam Museum.
Kami cuma diberi penerangan tentang istiadat perkahwinan diraja dan tradisional rakyat Korea.
Dari bangunan Museum, Nina membawa kami ke kawasan istana lama zaman pemerintahan raja dahulu. Tak banyak perbezaannya dengan istana zaman pemerintahan raja di negeri China.
Kami diberi masa dan peluang untuk merakamkan keindahan kawasan istana lama ini.
Tasik di belakang tu hampir beku.
Time to lunch.
Kami dibawa ke sebuah restoran Arab Morocco.
Di sini ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke Seoul datang makan.
Setiap hari restoran ini dipenuhi oleh rakyat Malaysia.
Not bad lah...tekak aku ni masih boleh menerimanya.
Makanan dihidang secara buffet di sini. Ambil jelah apa yang ada, makanlah semahunya..

Sebelum meneruskan lawatan, kami menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar terlebih dahulu.
Restoran ini menyediakan ruang solat untuk pengunjung muslim. Alhamdulillah...
Setelah semua selesai, kami menaiki bas ke destinasi seterusnya iaitu Seoul Tower.
Kami terpaksa mendaki untuk sampai ke dataran menara. 
Kalaulah tak kerana cuaca yang sejuk, rasanya tak mampu aku untuk mendaki jalan yang agak curam. Hubby yang kurang sihat juga nampaknya gagah juga mendaki.

Dari atas pelantar menara kami dapat melihat pemandangan kota Seoul. 
Di sini juga terdapat beribu-ibu/juta pad locks yang digantung pada jeriji pelantar.
Konon-kononnya pasangan yang bercinta mengunci cinta mereka di sini.
Mereka akan menggantungkan pad lock di situ dan membuang atau menyimpan kuncinya.
Maka terkuncilah cinta mereka di situ. 
Pada pad lock itu ditulis nama pasangan dan kata-kata cinta.
Aku dan hubby hanya menggunakan kesempatan untuk bergambar sahaja.
Tak tahulah bila lagi kami akan sampai ke sini.
Insya Allah...ada rezeki boleh bawa anak-anak pula.
Pemandangan dari pelantar menara.
Pertunjukan kepahlawan Korea bermain senjata tradisional.

Beginilah rupanya pad locks yang digantung lambang cinta pasangan yang berkunjung ke sini.
Kami juga pasangan yang bercinta..tapi tak gantung pad lock pun..
Sarang anyo = luv u
Tamatlah episod cinta di Menara Seoul.
Dari sini, kami ke Masjid Seoul.
Disebabkan jalan yang agak sempit, bas tidak boleh membawa kami terus ke perkarangan masjid.
Kami terpaksa menapak lagi...cuaca yang terlalu sejuk menyebabkan kaki terasa kejang dan tapak kaki pula rasa macam membeku. begitu juga jari jemari walau pun memakai glove yang tebal.
Lorong untuk ke masjid, agak jauh juga.
Di kiri kanannya terdapat kedai-kedai makan halal kepunyaan warga indonesia dan India Muslim.
Kami yang keuzuran tidak meneruskan perjalanan ke masjid tetapi singgah di restoran tempat kami akan makan malam nanti
Masuk ke dalam restoran melegakan otot-otot ku yang kejang dan barulah terasa kehangatannya.
Nikmat kehangatan terasa bila dalam kesejukan. Alhamdulillah..
Masjid Itaewon Seoul Korea
 

Selesai makan, seperti yang dijanjikan, Nina membawa kami ke shopping kompleks.
Sudah 3 hari, kami menanti saat untuk shopping.
Walaupun nilai pertukaran wang agak tinggi tapi naluri untuk bershopping tidak dapat dipisahkan.
Sesuatu mesti dibeli sebagai kenangan dan buah tangan untuk sahabat handai.
Malam ni kedinginan amat terasa. 
Laju je kami melangkah untuk masuk ke dalam bangunan.
Nina membawa kami ke satu kedai yang menjual pelbagai sourvenir.
Penjual di sini semua boleh berbahasa melayu.
Senang untuk kami berkomunikasi.
Asyik sangat mengumpul barang dalam bakul, sampai tak sedar dah terlebih budget.
Nina yang baik hati telah meminjamkan wangnya kepada aku. Alhamdulillah..
Di bangunan inilah Nina membawa kami shopping.
Bersama hasil tangkapan untuk dibawa pulang.
Hubby yang kesejukan..
Sampai di hotel, seperti yang dijangkakan, hubby demam semula.
Selepas mandi dengan air panas, solat dan makan ubat, hubby terus tidur.
Seperti malam-malam sebelum ini, hubby mengerang dalam selimut. 
Aku tolong memicit-micit badannya sehingga dia tertidur.
Aku berdoa moga hari esok hubby sihat seperti biasa.
Insya Allah..