Pages

Total Pageviews

Sunday 29 June 2014

ANAK TAUKE & PEARL

DAY 5

27.03.2014 (KHAMIS)

8.00 A.M.

       Hari ini kami bertolak dari hotel seawal 8.00 pagi menuju ke Perkampungan Sukan Olimpik (Olympic Park). Cuaca pagi ini lebih sejuk dari biasa kerana malam tadi ada sedikit hujan. Dalam perjalanan, Saly memberi sedikit maklumat tentang kepesatan Beijing selepas Temasya Sukan Olympic pada 2008. Penduduk Beijing semakin bertambah begitu juga dengan taraf hidup semakin meningkat. Harga rumah di Beijing terlalu tinggi menyebabkan penduduknya amat sukar untuk memiliki rumah sendiri. Untuk memiliki sebuah kereta juga memakan masa hampir setahun untuk mendapatkan nombor pendaftaran.  Pemastautin yang datang dari luar Beijing pula terpaksa menunggu lima tahun untuk kelayakan membeli rumah dan kereta. Alhamdulillah....negaraku Malaysia belum sampai ke tahap itu. Kita masih bebas untuk membeli rumah dan kenderaan sendiri mengikut kemampuan masing-masing. Kita juga tiada had untuk memiliki anak. beranaklah beberapa orang pun selagi mampu. Aku sangat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia.

       Sampai sahaja di kawasan perkampungan sukan kami terus dibawa ke sebuah lagi goverment shop yang wajib dikunjungi oleh semua pelancong yang datang menerusi travel agensi negara masing-masing. Kali ini kami sekali lagi dipaksa mendengar ceramah tentang pengeluaran mutiara (pearl) air tawar. Kami dibawa masuk ke sebuah bilik. Seorang wanita muda memperkenalkan diri dan bercerita tentang pengeluaran mutiara air tawar di China dalam bahasa Inggeris pelat2 cina. Semua mendengar dengan khusyuk. Selepas lebih 5 minit bercerita, dia keluar dari bilik dan meminta kami menunggu sebentar. 

      Beberapa minit kemudian masuk seorang lagi wanita muda yang lebih bergaya dalam pakaian yang up todate dan bermake-up kelihatan agak cute. Tapi dia macam takut-takut melihat kami. Dia kerap memandang ke luar bilik dan kelihatan tidak selesa. Kemudian, menutup pintu dan mula berkomunikasi dgn kami. Melihat respond kami yang agak baik, dia nampak lebih yakin. Dia membandingkan kami dengan group yang datang dari Filiphine. Katanya, group tersebut sangat sombong dan langsung tidak memberi respond kepadanya. Sebab itulah dia ingat group kami pun begitu.

      Dia mula memperkenalkan dirinya. Aku dah lupa namanya...Kononnya dia tak pandai sangat memberi penerangan sebab dia kurang fasih berbahasa Inggeris. Katanya dia anak boss atau tauke pusat mutiara tu. Dia dipaksa bekerja di situ walaupun dia tak suka. Dia pernah dihantar belajar ke US tapi dia hanya berada di sana selama 2 bulan sahaja. Dia tak suka belajar di sana kerana masalah bahasa. Bila dia balik ke Beijing, ayahnya marah dan paksa dia bekerja. Ayahnya banyak buat bisnes selain bisnes mutiara itu. Semua abang2nya mewarisi pekerjaan ayahnya, cuma dia sahaja yang tidak berminat. Meloponglah kami mendengar ceritanya...siapa yang tidak pernah tahu cerita pasal anak tauke kelentong ni..memang percaya bulat2 cerita dia termasuklah aku. 

      Selepas bercerita tentang dirinya, barulah dia menunjukkan kepada kami cara untuk mengenali mutiara yang palsu dan yang asli. Begitu juga dengan jade yang berkualiti dengan yang rendah kualitinya. Melihatkan kami macam seronok, dia bertambah yakin dan nampak makin mesra. Tidak lama kemudian seorang staffnya datang membawa sedulang cincin mutiara. Anak tauke tu dengan bangganya memberitahu yang cincin2 itu akan diberikan kepada kami secara percuma. Staffnya kelihatan terkejut (lakonan semata2). Dia melarang kami memberitahu group lain, sebab group lain tak dapat cincin percuma itu katanya. Rupanya itu semua adalah helahnya sahaja untuk meyakinkan kami.

      Selepas itu, dia membawa kami ke bilik pameran dan julan mutiara yang esklusif. Dalam perjalanan ke ruang pameran itu, hubby berbisik kepadaku..."tak pernah ke baca dalam blog kisah anak tauke ni? Semua cerita macam sama je...kita semua dah kena tipu" terkejutlah aku...memang aku tak pernah tahu pun sebelum ini. Seorang lagi rakan dalam group aku pun pernah terbaca kisah yang sama. Hubby terus warning aku..."jangan terpedaya dan jangan beli apa2 pun nanti. Mutiara yang beli kat Sabah dulu pun tak habis nak pakai" Aku pergi juga ke ruang pameran  dan jualan kerana nak lihat apa lagi tipu muslihat yang dibuat.

      Di bilik jualan yang esklusif itu kononnya, aku dapati harga set2 mutiara seperti gelang, rantai, cincin dan subang semuanya mencecah ribuan ringgit. Wow, mahalnya....betul ke ni...macam tak percaya je...sebab disign barang2 tu macam sama je dengan yang dijual di pasar2 malam di Sabah. Harga gelang mutiara yang ditunjukkan kepada kami 2280 yuan lebih kurang dalam RM1300. Anak tauke tu dengan baik hatinya menawarkan harga 400yuan = RM220 kepada kami. Semua staff yang ada di situ buat muka terkejut dan nampak takut2. Anak tauke tu kata kalau kami beli dengan staff di situ kami tidak akan dapat harga yang dia tawarkan itu. Disebabkan dia anak boss, hanya dia sahaja yang boleh beri harga itu. Ramailah yang rasa tawaran itu sangat lumayan. Aku dan kawan yang dah tahu cerita penipuan itu terus pergi dari situ. Tak tahulah siapa dalam group kami tu yang dah terkena.
Rasanya ada juga yang membeli...

Inilah rupa anak tauke pearl...cute lah jugak...


       Senangnya kita kena tipu...bila balik ke Malaysia aku carilah dalam blog kisah2 penipuan di Beijing. Memang betul..kebanyakan cerita hampir sama. Semua itu berlaku di govement shop yang kita wajib lawati. Lepas ini aku harus berhati-hati dan ceritakan pengalaman ini kepada sahabat atau saudara mara yang akan melancong ke Beijing. Sebelum pergi, bertanyalah atau bacalah cerita kawan-kawan kita kat blog supaya tidak tertipu dengan tempat2 jualan seperti ini. Banyak lagi yang aku akan ceritakan selepas ini...tunggu..



Saturday 7 June 2014

GREAT WALL

DAY 4 

26.03.14 (Rabu)

1.00 p.m.

        Usai menyaksikan pertunjukan akrobatik, kami terus dibawa ke sebuah restoran sudah tentulah Muslim restoran. Inilah satu-satunya restoran yang ada dan paling ramai pengunjung kerana terletak berhampiran dengan Great Wall. Memang besar restoran ini. Bahagian bawah adalah tempat jualan pelbagai cenderamata. Tapi satu barang pun aku tak beli sebab harganya sangat mahal. Di tingkat 2 dan 3 terletaknya restoran dan surau untuk kemudahan orang Muslim bersolat.


























        Dari restoran kami terus menuju ke tempat yang paling ingin aku lawati, salah satu keajaiban dunia. Sepanjang perjalanan, di kiri kanan jalan kelihatan ladang buah-buahan yang baru mengeluarkan tunas. Terdapat juga kawasan perkampungan yang didiami oleh golongan petani. Dalam pada itu, Saly memberi sedikit penerangan tentang Great Wall. Semua tertarik mendengar cerilta Saly tentang kisah Lagenda  Meng Jiang Nu. Secara ringkas beginilah lebih kurang kisahnya...
   "Kisah ini terjadi pada zaman Dinasty Qin. Meng Jiang ditemui oleh sepasang petani di dalam labu yang mereka tanam. Mereka memelihara Meng Jiang hingga menjadi perawan yang cantik. Kemudian beliau dikahwinkan dengan seorang pemuda yang melarikan diri ke kampungnya kerana tidak mahu menjadi buruh binaan Tembok Besar. Pada masa itu setiap keluarga mesti membenarkan anak-anak lelaki mereka bekerja membina Tembok Besar. Buruh binaan Tembok Besar tidak mungkin dapat pulang semula ke kampung halaman mereka. Mereka dipaksa bekerja dan berkubur di bawah Tembok Besar. Sebab itulah Tembok Besar juga dikenali sebagai Kubur terpanjang di dunia. Selepas berkahwin dengan Meng Jiang, pemuda itu akhirnya ditemui oleh askar-askar raja lalu dibawa secara paksa ke utara China untuk dijadikan buruh paksa. Tinggallah Meng Jiang dalam keadaan dukacita. Disebabkan masa itu musim sejuk, Meng Jiang yang sangat merindui suaminya telah menjahit baju tebal untuk suaminya. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke Utara China mencari suaminya. Setelah mengharung perjalanan yang penuh kesulitan, akhirnya dia sampai di kaki tembok besar. Dia bertanya kepada buruh-buruh di situ tentang suaminya. Rupanya suaminya telah terkorban. Merataplah Meng Jiang atas kematian suaminya hingga menyebabkan Tembok Besar runtuh. Berita keruntuhan TB diketahui oleh raja, maka dalam keadaan marah, raja telah pergi melawat ke kawasan runtuhan. Apabila melihat kecantikan Meng Jiang, raja tidak jadi nak menghukumnya. Raja mahu mengahwini Meng Jiang. Meng Jiang mengenakan 3 syarat kepada raja sebelum berkahwin dengannya. Syarat pertama: Raja mesti menemukan mayat suaminya. Syarat kedua: Raja mesti mengadakan istiadat pemakaman kenegaraan kepada mayat suaminya. Syarat ketiga: raja mesti memakai tanda hitam di lengan sebagai tanda berkabung dan menghadiri upacara pemakaman secara peribadi. Setelah ketiga-tiga syarat itu dipenuhi, raja membawa Meng Jiang pulang ke istana untuk dikahwini. Tetapi sebelum sampai ke istana, Meng Jiang telah terjun ke laut Bohai. Terkuburlah hasrat raja bersama jasad Meng Jiang. Untuk mengenang jasa Meng Jiang, terbinalah sebuah Kuil  bernama Kuil Jiangnu beserta patungnya di kaki Tembok Besar dan cerita ini telah diwariskan dari generasi ke generasi."
      Begitulah kisah lagenda Meng Jiangnu yang diceritakan oleh Saly kepada kami. Menurut Saly semua murid sekolah di China mengetahui cerita lagenda ini kerana mereka memiliki buku lagenda ini. Mungkin cerita ini ala-ala Puteri Gunung Ledang dalam Hikayat Hang Tuah. Kesimpulan kepada kisah Meng Jiang ini juga menunjukkan kezaliman sistem pemerintahan raja ketika itu.

        Semakin hampir ke kaki Tembok Besar, semakin teruja hatiku. Dapat kah aku mendaki sebagaimana mereka yang aku lihat sayup dari bawah. Dari tempat parking, kami berjalan kaki ke pintu gerbang TB. Aku, hubby dan Fifi terus mendaki hingga ke tembok pertama. Di sini terdapat gerai-gerai menjual cenderamata dan perkhidmatan mengambil gambar. Dari sinilah juga pendakian sebenar bermula. Tangganya walaupun lebar ketapi sungguh curam. Rasanya mendaki lebih mudah dari menuruninya.

sahabat2 Kembara Sufi  sebelum mendaki TB.
Dalam usaha mendaki ke tingkat ke dua.
Mengkagumkan... pak cik ni boleh mendaki hingga ke tembok ke 3.
Gerai yang menjual sijil dan medal kejayaan mendaki TB. Pengiktirafan utk diri sendiri.

Pemandangan dari tembok peninjau. Perkampungan di kaki gunung.

Menuruni tangga yang curam dan jarak yang tinggi antara anak2 tangga.

20 yuan bayaran untuk menunggang unta/lima

tembok peninjau


pokok2 yang lebat berbunga, sungguh mempersona

Tembok di sebelah kanan pintu masuk. Kami tidak mendaki tembok ini.

menuruni tangga yg curam dan tinggi.
jumpa lagi dgn pak cik ni di bawah...berbual dgn hubby mcm ayam dan itik

Hubby dan Fifi
        Pengalaman mendaki TB memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tak sangka juga kami 3 beranak berjaya mendaki hingga ke tingkat/tembok ke 3. Sampai di tingkat ini sahaja dibenarkan pengunjung mendaki, seterusnya jalan ditutup. Di setiap tingkat terdapat gerai2 yang menjual cenderamata serta sijil dan medal. Pada sijil dan medal tu kita boleh sertakan dengan gambar dan nama yang menunjukkan kita telah berjaya mendaki TB. Tetapi kami tidak membeli pun sijil atau medal tu. Rasa menyesal pulak..tak tahulah bila pula kami akan sampai lagi ke sini. Bila difikirkan balik, aku memang tak sangka yang aku telah berjaya mendaki dan turun  dari TB tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah...kaki dan lutut pun tidak sakit. Berbeza jika dibandingkan dengan di sekolah, mendaki tangga hingga tingkat 3 pun aku dah semput.. Mungkin juga disebabkan faktor cuaca. Cuaca yang sejuk menyebabkan kita tidak cepat penat dan badan pun tidak berpeluh. 

      Dalam perjalanan balik, kami dibawa melawat ke Burning Cream Center. Kami diberi penerangan tentang ubat-ubatan herba dan keberkesanan burning cream. Di sini juga merupakan salah satu goverment shop yang mesti dilawati oleh pelancong. Alhamdulillah..kami tidak dipaksa untuk membeli ubat-ubatan di sini. Selepas itu kami menuju ke pusat bandar untuk makan malam dan seterusnya merehatkan diri di hotel.

        Alhamdulillah...lawatan hari ini banyak memberi keinsafan dan menunjukkan kebesaran Allah swt..Allah mencipta batu-batuan yang bernilai seperti jade dan crystal untuk manusia memanafaatkannya. Tumbuh-tumbuhan herba pula untuk mengubati penyakit. Allah menjadikan manusia dan dikurniakan dengan akal dan fikiran untuk membina kehidupan di dunia fana ini. Terbinanya TB menunjukkan ketamadunan rakyat China dan yang lebih utama lagi adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah yang ditunjukkan kepada manusia di muka bumi ini. Kepandaian dan kebijaksanaan orang-orang China membina TB tidak dapat menandingi kepandaian dan kebujaksanaan Allah yang Maha Esa. Subhanallah... 

Sunday 1 June 2014

JADE & CRYSTAL

DAY 4

26.03.2014 (RABU)

7.00 A.M

      Hari ke 4 bercuti dan hari ke 3 di Beijing. Jadual lawatan hari ini bermula dari 7.00 pagi. Selepas sarapan, kami menaiki bas yang sedia menunggu di perkarangan hotel. Hari ini perjalanan kami agak jauh menuju ke  arah Utara Beijing. Seperti biasa, Salyna memberi penerangan tentang tempat-tempat yang akan dilawati. Tempat pertama di Jade Center. Sampai di Jade Center kami disambut oleh seorang promoter. Dia menerangkan tentang Jade kepada kami. Jade terdapat dalam pelbagai warna selain dari hijau, iaitu warna pink, ungu dan kuning.  Dia juga menunjukkan cara mengenali jade tulen dan yang palsu atau yang bermutu rendah. Jade tulen boleh memecahkan kaca. Lagi satu cara, guna tisu atau rambut. Bakar rambut atau tisu yang diikat pada jade. Rambut dan tisu tidak terbakar kerana jade menyejukkannya. Warna jade yang jernih bila diletakkan dekat cahaya, ia kelihatan seperti bertompok. Kalau jade palsu kelihatan kosong je. Lagi satu, semakin nyaring bunyi jade yang diketuk semakin tinggi kualiti jade itu. Ramai juga aku lihat pelancong dari Malaysia yang membeli jade. Aku pun buat ambik kesempatan juga, merengek-renget manja kat hubby minta dibelikan gelang. Memandangkan birthday aku tak lama lagi, akhirnya kalah juga hubby dengan rayuanku. "Terima kasih sayang... luv u so much."




       Dari Jade Center, kami dibawa ke Crystal Shop. Ramainya pelancong di sini, bukan sahaja dari Malaysia tapi dari negeri China juga ramai. Menurut Saly mereka semua kebanyakannya golongan petani dari kampung dan lain-lain provensi (Daerah). Sebelum itu kami dibawa masuk ke bilik khas untuk mendengar penerangan tentang crystal. Nampaknya semua Goverment Shop yang kami pergi, prosedur seperti ini terpaksa dilalui. Entah banyak manalah lagi Gov. Shop yang kami terpaksa pergi. Antara demonstrasi yang ditunjukkan kepada kami adalah ketahanan cermin mata daripada krystal. Cermin mata crystal tidak mudah calar dan lutsinar. Selain itu keistimewaan lain Crystal ialah berkilat dan berkilau dan menurut kepercayaan orang China boleh mengelak kejahatan.

Gambar  mayat Moi Xi Tong yang disimpan di dalam Crystal.
Glob dunia yang menunjukkan tempat-tempat pengeluaran crystal.


      Melangkah masuk ke Crystal shop, kami dihidangkan dengan pemandangan yang mengasyikkan terutama bahagian perhisan wanita. Rantai, gelang dan cincin yang begemerlapan sangat menarik perhatian pengunjung wanita. Alhamdulillah...aku dapat bertahan. Sebenarnya koleksi crystalku di rumah pun dah tak dipakai lagi. Beberapa tahun lepas, memang kegilaanku mengumpul gelang crystal daripada pelbagai warna. Aku akan memakai gelang tersebut mengikut warna baju yang aku pakai. Itulah sebab utama aku tidak membeli gelang atau cincin crystal.

         Dari Crystal shop, kami bergerak pula ke dewan pertujukan akrobatik yang terletak bersebelahan dengan crystal shop. Pertunjukan akrobatik selama satu jam itu memang tidak menegcewakan. Memang orang China terkenal dengan kemahiran mereka dalam akrobatik. Selesai pertunjukan, kami berkumpul semula untuk ke tempat seterusnya.

          Teruskanlah mengikuti ceritaku dalam entri yang seterusnya.