Pages

Total Pageviews

Friday 29 May 2015

KOREA PART 6 - EVERLAND

Day 2
5th Dec 2014 (Friday)
Everland, Kedinginan dan Kebekuan

Aku sambung semula cerita semalam.
Selesai urusan check out, kami terus bertolak ke Everland Theme Park.
Dalam perjalanan kami diberi sepeket lagi makanan..sebiji pisang, 2 biji telur, sandwich dan air soya untuk lunch. Kalau tiap-tiap hari macam ni...boleh kurus aku...
Sampai di Everland, kami santap jelah ala kadar bekalan kami tadi.
Hari ini aku rasa cuaca sangat sejuk. Baju tebal yang aku pakai macam tak mampu untuk memanaskan badanku. Jari-jemari terasa membeku. begitu juga kakiku...kasut yang aku pakai juga tak cukup tebal...rasa macam memijak di atas ais je...aduh...boleh beku aku dibuatnya.
Masa ini aku terbayangkan betapa nikmatnya kalau dapat merasakan kepanasan dan kehangatan.
Memang aku tak tahan kalau berterusan begini.
Semua kawasan ditupi salji. Sejuk hingga ke tulang..

Nina menguruskan tiket masuk kami.
Dia meminta kami berkumpul semula di hadapan pintu masuk jam 7.00 p.m.
Sebelum menjelajah ke taman tema ini, Nina menunjukkan kami tempat untuk Muslim bersolat.
Mujurlah group kami ni tak ramai, so mudahlah Nina menguruskan kami.
Sampai di Musolla..pintu telah dikunci. Nina bertanya kepada guard di situ.
Kami dibenarkan masuk. Alhamdulillah....
Ruang untuk solat tidaklah besar, hanya seluas bilik tidur di rumah aku je..12x10 meter persegi.
So, kami terpaksa bergilir-gilir. Beri peluang kepada kaum bapa dahulu.
Tapi untuk berwuduk tidak disediakan water heater.
Buka je paip....mahu menjerit rasanya...airnya teramatlah sejuk...
Berlaga gigi atas dan bawah...menggigil...
Kalau tak kuat iman...memang tak bersolatlah kami..baru diuji dengan kesejukan dah tak mampu..macam manalah nak menempuh ujian yang lebih besar lagi...
Astaghfirullah...semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kami.

Alhamdulillah...selesai juga solat jamak asar dan zuhur kami. Tika itu dah masuk waktu Asar.
Kami meneruskan lagi penjelajahan kami di sini.
Walaupun dalam musim winter, tapi pengunjung tetap ramai.
Kawasannya sangat luas...memang tak cukup sehari di sini.
Nina membawa kami ke Safari Park.
Tika beratur masuk, aku teringatkan Running Man...kerana Running Man pernah shooting di sini.

Kami di bawa menjelajah di dalam Safari dengan kenderaan khas seperti bas.
Kami dapat melihat binatang yang dilepaskan dengan lebih dekat.
Seekor beruang yang telah dilatih, memahami arahan sangat menghiburkan.
Di sini tidak banyak gambar yang dapat diambil kerana susah untuk mengambil gambar menggunakan hp dengan tangan yang memakai glove.
Kalau dibuka macam nak beku rasanya.
Memang aku hilang mood untuk bergambar, hubby pula tidak sihat.
Aku hanya membuat rakaman video sahaja. Tapi sayangnya rakaman video itu tidak dpt diuploadkan di sini atas sebab-sebab peribadi. Maaf semua...


Disebabkab terlalu sejuk, aku dan hubby mengambil keputusan untuk masuk ke dalam restoran berdekatan sementara menunggu Nina dan yang lain.
Kami memesan kopi panas.
Alhamdulillah..barulah terasa kehangatannya...

Setelah semua berkumpul, kami keluar dari situ menuju ke bas yang setia menunggu.
Rasa tak sabar untuk sampai ke hotel.
Dalam bas, hubby masih menggigil kesejukan.
Aku rasa badannya panas...demamnya menjadi semula..kesiannya suamiku...

Sebelum ke hotel, kami singgah di sebuah restoran Siam.
Barulah dapat merasa masakan sperti di Malaysia.
Mula merindui masakan melayu....
Hubby macam tak berselera...sikit je yang dijamahnya..risau aku dibuatnya.
Nak amik gambar pun dah takde mood. Bateri Hp pun dah weak...power bank dalam beg besar. 

Sampai di hotel, (MATE HOTEL) aku dan hubby di tempatkan di tingkat 3 bilik 307.
Masuk ke bilik, aku terpegun melihat kelengkapan yang disediakan.
Walaupun bukan 5 stars, tapi cukup memuaskan.
Tak sabar nak ke toilet, sbb dari dalam bas aku menahan perut yang tak berapa selesa.
Hubby terus makan ubat dan berselimut atas katil, tidak menghiraukan aku lagi...cuma berpesan supaya mengejutkannya untuk solat sebelum aku tidur nanti.
Aduhai...begini jadinya honeymoon kami...
Kita mampu merancang, Allah menentukan segalanya.
Moga hubby akan sembuh seperti biasa.
Esok, banyak lagi tempat yang akan kami lawati.

Oklah..aku akan sambung lagi cerita dalam Korea Part 7 nanti.

KOREA PART 5 - MAIN SKI

DAY 2
5th Dec 2014
Main Ski

Pagi ini kami bangun awal sebab jam 8.00 a.m Nina minta kami berkumpul di lobi.
Alhamdulillah...demam hubby dah kebah pagi ni..
Mungkin disebabkan terlalu banyak berjalan masa di Tokyo dan perubahan cuaca, menyebabkan hubby demam. Di Jepun belum tiba winter season masih lagi autum masa hubby di sana.
Oh ya...musim sejuk di Korea waktu siangnya agak pendek sedikit.
Maghrib masuk hampir jam 6.00 p.m.
Waktu subuhnya pula sama macam di tempat kita.

Breakfast pagi ini dalam bilik sahaja sebab semalam kami telah dibekalkan dengan sepeket makanan setiap seorang. Di dalamnya ada sebotol kecil air soya, sebiji oren, bun dan 2 biji telur rebus.
Disebabkan bilik kami lengkap dengan dapur, so bolehlah kami minum coffee 3 in one yang kami beli di pasar raya semalam.

Malam semalam, lepas makan malam, kami sempat juga ronda-ronda di dalam bangunan Vivaldi Park. Ada sea food restoran, pasar raya, butik pakaian dan kedai-kedai sourvenir.
Kami cuma keluar masuk kedai je....just window shopping...beli sedikit makanan dan buah je..

Ok...continue cerita hari ini....
Selepas bersiap dengan pakaian ski, kami turun ke lobi.
Sementara menunggu semua turun, aku & hubby apa lagi...possing lah..rugi kalau kami tidak merakamkan detik-detik yang berlaku di sini.
Di lobi hotel.
Nina membawa kami ke tempat bermain ski kira-kira 300 meter dari Vivaldi Park.
Setelah urusan mengambil kasut dan papan ski, tibalah masa NIna menunjukkan kami cara-cara memakai kasut ski.
Aduhai...siksanya..berat kasut je hampir 5kg. Berat bukan main lagi...nak melangkah pun susah...berjalan macam robot...rasa macam menyesal pulak....
Itu dia..berat wow..kasut tu..keras pulak tu..

Setelah selesai sessi tunjuk cara pakai kasut, kami pun terus menuju ke dalam kawasan bermain ski.
Nina memberi kami kad imbasan untuk membolehkan kami membuka gate dan masuk ke tempat bermain. Aduhai...siksanya rasa...macam mana nak main ni...tengok orang yang dah biasa main nampak macam relax dan mudah je...
Nina mengajar kami skill yang betul.
Setelah belajar, barulah tahu caranya...rasa taklah sukar sangat.
Agaknya kalau main tiap-tiap hari boleh mahir...hi..hi..hi..
Orang lain belajar main ski sejak kecil lagi, tapi aku...umur dan hampir separuh abad baru kenal..no wonderlah rasa agak sukar.


Ada gaya profesional tak?
Macam tulah gayanya orang yang tak pernah jumpa salji.
Seperti yang dijanjikan..pukul 11.00 kami semua keuar dari gelanggang.
Tak sabar rasanya nak buka kasut yang berat tu...
Setelah urusan pemulangan barang-barang selesai, kami balik ke hotel untuk bersiap..
check out jam 12 nanti...

Kami turun ke lobi untuk check out..
Kami akan ke Everland theme park...
Dalam perjalanan aku terlelap...
Hubby pun sama...nampak sangat macam dia tak sihat.

Oklah...aku break dulu..
Nanti aku akan ceritakan pula tentang Everland.
Sabar ok...
bye...bye...


KOREA PART 4 - SKI HILL RESORT

Day 1
4hb Dec 2014 (Thursday)
VIVALDI PARK

Masih lagi hari pertama.
Dari Nami kami terus menuju ke sebuah pusat peranginan yang terkenal di Korea.
Ski Hill Resort ialah pusat peranginan dan tempat sukan ski atau luncur ais yang menjadi tumpuan ramai. Kami akan menginap di Vivaldi Park.
Sepanjang perjalanan, Nina tak habis-habis bercerita tentang Ski Hill Resort.
Dia turut memberi panduan kepada kami cara-cara untuk mengenakan pakaian dan bermain ski.
Entahlah....masa dia beri penerangan tu aku blur je...maklumlah seumur hidup belum pernah bermain ski. Tapi petang ini kami tak sempat untuk bermain ski sebab hari dah petang.
Kami kena bermalam di sana dan pagi esoknya barulah kami akan dibawa ke gelanggang ski.

Sebelum sampai ke sana, kami singgah di sebuah kedai untuk menyewa sut yang sesuai untuk bermain ski iaitu sepasang jeket, goggle dan glove. Jaket, seluar dan goggle disewa tapi glove kena beli. Ukuran body kami diambil sebelum jaket dan seluar diberikan kepada kami mengikut saiz yang betul. Begitu juga dengan goggle dan glove, semuanya perlu sesuai dengan saiz sendiri.
Kasut, papan ski dan tiket masuk juga dikira sekali. Tapi kasut dan papan ski diberi di sana nanti.
Nina yang akan uruskan semuanya di sana nanti.

Setelah sessi fitting selesai, kami beratur pula untuk membuat pembayaran.
Terkejut beruk aku...bila pelayan tu menunjukkan pengiraannya. Nasiblah hubby dah convert duit di Malaysia. Kau orang nak tahu tak berapa jumlah semua yang kami perlu bayar?
Ok...kejap ek...aku nak beritahu dulu nilai pertukaran wang MYR dengan KW.
Untuk senang buat pengiraan, aku bagi angka yang telah dibundarkan.
KW3k = MYR1. Ok kalau tak faham...3000 won sama dengan 1 ringgit.
Ok...harga untuk 2 pasang sut aku dan hubby ialah KW250k. 
Kau orang darab jelah dengan 3 untuk convert ke RM....jeng...jeng...RM750.
Mahu tak terkejut beruk aku...kalaulah tak kerana teringin nak main ski memang tobatlah aku nak bazirkan duit aku sebanyak tu...inilah 1st time nak main ski...pejam mata jelah...keluar duit tu..

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Vivaldi Park. 
Sepanjang perjalanan menyusuri kawasan berbukit-bukau, salji memutih melitupi permukaan bumi.
Subhanallah..cantiknya alamciptaanMu...
Setelah sampai, Nina menguruskan check in kami. 
Sementara menunggu Nina, menguruskan segalanya, sempatlah kami selfie sana sini..mana boleh lepaskan peluangkan...tambah lagi memang hobby hubby berselfie...
Kau orang jangan meluat pulak tengok pic-pic kami ni ek..

 
Keletihan dan kesejukan.






 Inilah bilik kami yang lengkap dengan dapur ala-ala apartmen.

Pemandangan dari tingkat 7. Itulah dia tempat untuk kami bermain ski esok.


Malam ini 1st night di Korea.
Hubby demam pulak...sampai mengerang...badannya panas.
Ya Allah..semoga tidak melarat.
Makan ubat...sambung tidur...

Oklah semua..tamatlah cerita hari ini... bye....jumpa lagi...

KOREA PART 3 - WNTER SONATA

DAY 1
4th Dec 2014 (Thursday)
Nami Island

Hampir jam 11 kami sampai di terminal feri untuk ke Nami.
Cuaca amat baik, matahari cerah tapi udara sangat sejuk.
Sebelum ke Nami, kami menikmati lunch yang pertama di Korea.
Sebuah restoran see food menjadi pilihan. Nina memberi penerangan tentang restoran itu.
Perut pun memang dah tersangat lapar sebab sejak sampai kami belum makan apa-apa lagi.
Inilah hidangan pertama kami. Tak tahulah...macam mana rupanya...

Masuk ke dalam restoran, barulah terasa kepanasannya. Kami dibawa ke sebuah bilik khas untuk pelanggan Muslim. Makanan telah terhidang di atas meja.
Kami duduk bersila mengadap meja makan. Begitulah cara orang-orang Korea makan.
Kalau tengok drama Korea, masyarakat dari golongan sederhana dan kampung memang mereka makan dengan menggunakan meja rendah. Tiada meja makan dan kerusi seperti di tempat kita.

Hidangan tengah hari itu berasaskan sayur dan ikan sahaja. Semua lauk-pauk dihidangkan menggunakan piring-piring kecil. Nasi pula menggunakan mangkuk. Nasi ditanak dalam periuk tanah, kemudian dimasukkan ke dalam mangkuk.
Lihatlah gambar-gambar di bawah ini. Biarlah gambar yang bercerita.


Nasi dimasak dalam periuk tanah. Berasnya putih, nasinya lembut seperti di Bejing dan Jepun.






Hubbyku dah tak sabar tu..jom kita mamam...Bismillah.... 



Selesai makan, kami terus ke jeti untuk menaiki feri ke Nami.
Sebelum tu sempat juga berselfie sekeping dua dengan  hubby.
Aduhai...sejuk betul...walaupun salji tak turun di sini.



Kalau pasal possing..kalah model.


Lihat tu...kasut-kasut terpakai dijadikan pasu bunga..kreatif..
                                                                            
Feri ke pulau Nami.
Sebelum ni aku bayangkan pulau Nami tu jauh di tengah laut. Rupanya seberang sungai je..naik feri pun dalam 15 minit je. Pulaunya pun kecil...tapi pemandangannya sungguh indah.
Berada di pulau Nami, mengingatkan aku kepada drama Winter Sonata yang popular tu.
Datang ke Korea, tidak sah kalau tidak ke pulau Nami.
Terasa macam pengantin baru pulak tika berada berdua-duan di sini.


Sampai di pulau Nami kami dibawa ke sebuah galeri yang menempatkan restoran, ruang rehat, library dan musolla. Kami mengerjakan solat jamak Zuhur dan Asar. Tertarik juga melihat susun atur dalam library.
                                                                 

Picture book library

Selesai solat kami mulalah menjelajah pulau Nami nak cari di mana tempat shooting Winter Sonata.
Sejuk usah nak ceritalah...tapi sayangnya snow tak turun masa kami di sini.
Saksikanlah keromantikan kami....romantiklah sangatkan...hi..hi..hi..
Air pancuran yang membeku.
Akhirnya sampai juga ke sini...apa lagi possinglah ala-ala hero dan heroin Winter Sonata.
Ish...terbaliklah pulak...kau orang perasan tak?
Berhenti sebentar untuk memanaskan badan.
Dalam feri.
Tamatlah episod pulau Nami.
Seperti yang dijanjikan, tepat jam 2.30 p.m kami menaiki feri semula.
Hampir jam 3.00 p.m kami ke destinasi seterusnya.
Ke mana kami akan pergi...ikutilah episod selanjutnya ok...
Bye..bye..