Pages

Total Pageviews

Monday 28 April 2014

CHINA SILK

24 Mac 2014 - 3.00 p.m

     Dari Summer Palace kami di bawa ke kilang sutera atau China Silk. Melangkah masuk ke dalam, kami disambut dengan mesra oleh penyambut tetamu yang telah sedia menunggu ketibaan kami. Kami dibawa ke bahagian penerangan tentang penghasilan benang sutera. Sutera diperoleh daripada kepompong yang dihasilkan oleh larva ulat sutera. 

Miss Saly pun asyik mendengar penerangan minah ni...
    
    Setelah mendengar peneranagan tentang penghasilan sutera, kami dibawa pula ke gedung jualan. Wau...terpegun melihat set cadar yang gebu dan cantik. Harga pun gebu juga...tengok ajelah..sekadar cuci mata. Aku masih boleh mengawal keinginanku..tak apalah..tak tidur atas cadar sutera dan berselimutkan selimut sutera aku dapat tidur dengan lena juga. 
set cadar dan selimut sutera

    Melangkah pula kebahagian pakaian, rasa macam tak mahu keluar. Dari kain pasang hinggalah tali leher, semuanya diperbuat daripada sutera. Harga pun macam tak percaya...sehelai scarf  mencegah 300 Yuan. Tapi semua sutera dari jenis satin kecuali kemeja lelaki dibuat daripada sutera cottan. Kami kaum wanita cuba sedaya upaya memujuk promoter-promoter untuk menurunkan harga kain pasang. Akhirnya, proses tawar-menawar berjaya. Ramailah yang membeli kain sutera cina. Bila dicongak-congak harga semeter sutera cina lebih murah daripada sutera crip Terengganu. Memang rugi kalau tak beli...bukan apa, sebagai kenangan tanda dah sampai Beijing...Tiga pasang sutera akhirnya menjadi milikku. Dua untukku dan sepasang untuk mak. Berat rasanya kaki nak melangkah keluar, tapi mengenangkan ada empat hari lagi di Bejing, aku kawal perasaan...cukuplah tu...banyak lagi barang lain yang nak dibeli....Hubbyku hanya mampu tersenyum melihat isterinya yang macam tak puas...menjeling-jeling manja pada selimut dan cadar sutera. Astaghfirullah....Ya Allah.. kuatkanlah imanku...

      Akhirnya, kami meniggalkan gedung sutera menuju ke pusat kota semula untuk makan malam dan pulang ke hotel. Seperti juga kota-kota lain, Beijing juga mengalami masalah kesesakan trafik. Jam 6.00 p.m kami sampai di sebuah restoran Muslim untuk makan malam. Kami ditempatkan di ruang makan di tingkat atas. Mungkin bahagian ini khas untuk pelanggan Muslim sahaja. Makanan yang dihidangkan tidak banyak berbeza dari restoran siang tadi. Semuanya berasaskan sayur-sayuran. Kami semua makan seadanya...cuba menghindarkan perasaan was-was. 

     Di luar restoran, telah menunggu penjaja-penjaja yang menawarkan barang-barang mereka untuk kami beli. Setakat ini aku masih bertahan..belum ada satu barang pun yang aku beli daripada penjaja di tepi jalan. Dalam perjalanan ke hotel, Ustaz Faiz memberi sedikit tazkirah kepada kami. Beliau mengingatkan kami tentang kebesaran Allah dan betapa luasnya bumi Allah ini untuk kita terokai.
 "Ke mana sahaja kita pergi, kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia mengikut adat, budaya, kepercayaan agama masing-masing. Melihat semua itu, akan menjadikan iman kita semakin kuat kerana kita akan rasa lebih bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim. Sebagai seorang Muslim, kita adalah pendakwah untuk meyebarkan Islam walau dengan satu patah perkataan sekali pun." 
Begitulah antara tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Faiz kepada kami. Tak salahlah kami memilih KEMBARA SUFI TRAVEL agen pelancongan yang membawa kami ke Beijing. Kami bukan sekadar melancong tetapi mendapat sedikit ilmu daripada beliau. 

      Sebelum sampai di hotel, Miss Salyna memberitahu jadual lawatan untuk hari esok. Esok kami akan bertolak dari hotel jam 8.00 pagi. Ustaz Faiz akan membawa group lain yang baru sampai hari ini. Tempat beliau akan diganti dengan rakan beliau. Sampai di hotel, dah hampir jam 8.00 malam. Tiada aktiviti malam ini kecuali berehat sahaja di bilik. 

     Selepas solat, hubby dan Fifi keluar ke bandar berhampiran hotel kami. Balik ke bilik, hubby menunjukkan kasut yang dibelinya. Fifi pula membeli HP Lenovo yang berharga 320 Yuan. Disebabkan sandleku ada masalah, aku paksa hubby keluar semula untuk membeli kasut untukku pula. Malang sungguh..kasut yang dibelinya besar pula. Nasiblah dia ada membeli jarum dan benang, jadi dapatlah aku menjahit sandleku itu. Kasut itu akan ditukar malam esok. Sedang menjahit sandleku itu, aku nampak Najib di TV (CCTV NEWS) membuat sidang akhbar tentang MH370. Beliau mengumumkan bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi. Berakhir tu maknanya terhempas ke? Kenyataan yang mengelirukan atau itukah bahasa yang paling sesuai digunakan ketika ini? Aku nampak Najib sangat berdukacita begitu juga dengan keluarga mangsa yang terlibat. Inilah ujian Allah kepada negaraku Malaysia yang tercinta. Entah berapa kali pengumuman Najib itu diulang siarannya aku pun tak pasti. Jam 12.00 I have to say good nite to Najib, aku simpati sangat...tapi apakan daya... sebab esok kena bangun awal.

Hanya ini yang mampu aku ucapkan untuk tragedi MH370 "Innalillahi wainna ilaihirajiun.."





No comments:

Post a Comment