Pages

Total Pageviews

Wednesday 15 April 2015

Asslamualaikum...

Hampir setahun menyepi diri tanpa cerita-cerita untuk dikisahkan sebagai perkongsian pengalaman dgn kawan-kawan. Terasa  rindu yang teramat sangat...salam rindu utk semua.

Terlalu banyak yg nak dikongsikan tetapi masa tidak mengizinkan utk berkarya. Insya Allah, mulai hari ini, saya akan meluangkan sedikit masa untuk berkarya walau sepatah dua. Teringin juga utk menjadi blogger yg aktif. Tak tahulah bila akan tercapai.

Bahang PRK di tempat saya makin terasa. Insya Allah, pada 5 Mei 2015 PRK akan diadakan di tempat saya untuk memilih wakil Parlimen Rompin bagi menggantikan tempat Allahyarham Datuk JJ. Tak perlulah saya jelaskan siapa beliau, kerana semua sudah sedia maklum tragedi yang berlaku di Semenyih tempoh hari.

Saya sebagai pengundi dan salah seorang pegawai yang telah dilantik oleh SPR untuk menjalankan tugas pada hari tersebut. Sekolah Kebangsaan Sarang Tiong tempat saya mengajar akan dijadikan pusat mengundi. Pada hari tersebut sekolah akan diberi cuti berganti. Kami akan bersekolah ganti pada 9 Mei 2015. Siapa yang akan menggantikan tempat arwah? Soalan ini akan terjawab pada 22 Mei nanti hari penamaan calon. Semoga calon yang dipilih nanti dapat menjalankan tugas sebaik atau lebih baik daripada Allahyarham. Sama-samalah kita berdoa.

Oklah...setakat ini sahaja coretan saya utk hari ini. Insya Allah...wassalam...