Pages

Total Pageviews

Tuesday 13 May 2014

URUT KAKI

4.30 P.M

      Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, aku dan hubby sempatlah jalan2 di sekitar kawasan berhampiran Dr Tea yang dikenali sebagai China Town. Ingatkan di Malaysia je ada Ghina Town...tak tahulah kenapa...nanti gogglelah sendiri ek...Sempatlah kami berpossing dan berselfie...

    Setelah semuanya menaiki bas, kami terus dibawa ke perkampungan olimpik. Tujuannya bukan untuk melawat perkampungan sukan tapi untuk urut kaki kata Salyna. Ini adalah tempat ke tiga yang kami pergi untuk memenuhi tantatif lawatan yang dimestikan atau dikenali sebagai Goverment Store. Sampai di situ kami dibawa masuk ke sebuah bangunan. Menurut Saly, bangunan itu merupakan pusat rawatan untuk atlit2 semasa sukan olimpik dahulu. Bangga juga rasa apabila nampak bendera Malaysia antara bendera-bendera negara lain seluruh dunia yang menyertai olimpik Beijing pada 2008. 

     Kami dibawa masuk ke sebuah bilik. Kami lihat pekerja2 sedang sibuk membawa bekas air seperti besen keluar masuk dari setiap bilik. Setelah beberapa minit berlalu, masuk seorang wanita memperkenalkan dirinya dalam bahasa Indonesia. Menurutnya dia berdarah campuran China+Indon. Bukan main ramah lagi dia bercerita. Tidak lama kemudian masuklah petugas2 yang membawa besen2 air panas untuk rendaman kaki. Di dalam air panas itu terdapat satu uncang herba seakan-akan air teh. Pada mulanya kami langsung tak boleh nak rendam kaki sebab air terlalu panas. Caranya masukkan kaki seketika kemudian angkat dan masukkan lagi sehinggalah kepanasan air itu berkurangan. Nyonya Indon tu memberitahu kami air rendaman kaki itu akan bertukar warna daripada jernih kepada keruh. Itu menandakan toksid keluar dari tapak kaki kami. Sambil merendam kaki, nyonya tu memperkenalkan beberapa jenis ubatan herba. Antaranya ubat yang diperbuat daripada pokok jarum emas dan cendawan (lupa apa namanya). Kata-kata nyonya itu yang tak akan aku lupa lebih kurang begini "bapak dan ibu datang ke Beijing membawa segala macam penyakit. Tinggalkan semua penyakit kamu semua di sini dan pulang ke Malaysia dengan badan yang sihat." Amboi...sedapnya mulut dia...macamlah orang Malaysia ni banyak penyakit....tahulah, dia nak jual ubat...aduhai...macam-macam cara nak melariskan jualan....

      Habis cerita pasal rendam kaki, kemudian masuk pula beberapa orang lelaki dan perempuan untuk mengurut kaki kami. Maka bermulalah sesi mengurut. Urutan yang dibuat kira biasa-biasa je..tidaklah sehebat mana sekadar untuk memenuhi acara. Selepas itu, nyonya tu meminta kami memberi sedikit upah kepada tukang-tukang urut tadi." Laa...kata tadi percuma...Aku dengan rasa kurang senang mengeluarkan 20yuan, 10yuan untuk lelaki yang urut kaki hubby dan 10yuan lagi untuk wanita yang urut kakiku. 

     Beberapa minit selepas sesi urut kaki selesai, masuk pula beberapa orang yang kononnya profesor yang pakar dalam bidang refleksologi. Dia mula membelek tapak tangan hubby. Macam2 penyakitlah dikaitkan. Lepas tu dia mencadangkan pula ubat yang sesuai dengan hubby. Hubbyku buat bodo je...Lepas tu giliran aku pula. Seperti yang dijangka, aku juga ada penyakit. Penyakit yang disebut tu tepat pulak...memanglah aku ada athma..tapi bukanlah teruk sangat. Dia pun mengesyorkan aku supaya mengambil 3 kotak ubat daripada cendawan tu...Tahu tak berapa harga ubat tu? Macam tak percaya... 600yuan sekotak. Dalam kotak tu hanya ada sebotol ubat dalam bentuk kapsul. Dalam botol tu pula hanya ada 60 biji kapsul untuk makan sebulan. Giler betul...Lepas perempuan yang bergelar profesor tu keluar, nyonya tadi mulalah berkempen. Katanya bukan paksaan tapi cara dia bercakap tu memang memaksa kami supaya membeli ubat tu. Pelbagai cara dia memujuk aku...akhirnya tewas juga aku...dari harga 600yuan, dia menawarkan harga yang lebih murah kepada aku dan sanggup menerima bayaran dalam RM. Macam orang bodo je aku mengeluarkan RM150 untuk sekotak ubat yang betul ke tidak keberkesanannya. Tertipu lagi aku......hubby tidak pula melarang. Tapi masa dalam bas mulalah dia memberi tazkirah...aku hanya mampu berdiam diri sahaja. Memang betul kata hubby, ubat tu sampai sekarang aku tak makan pun. Mula2 tu aku ambillah juga dalam masa beberapa hari...lepas tu rasa takut pula apabila terfikir ubat tu dibuat di China, sudah tentulah tiada pengesahah daripada KKM. Begitulah kisah URUT KAKI di Beijing.

*Semoga kisahku ini dapat menjadi panduan kepada sesiapa yang akan melawat ke Beijing. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang diberikan. 

Sunday 11 May 2014

DR TEA

3.00 P.M.

     Dari Masjid Nan Dou Ya, kami dibawa ke sebuah kedai teh atau yang diberi nama Dr Tea. Di dalam kedai ini terdapat bilik-bilik yang lengkap dengan meja dan kerusi juga kelengkapan menyediakan tea. Kami dibawa masuk ke salah sebuah bilik. Di sini kami diberi penerangan sejarah tea, jenis-jenis tea dan cara menhidangkannya. Setiap jenis tea mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kebanyakannya adalah untuk kesihatan dan kecantikan. Mendengar penerangan tentang fungsi tea ramai yang tertarik terutama kaum wanita. Begitu juga dengan aku, tertarik dengan Jasmin tea yang berfungsi untuk kecantikan dan yang lebih teruja adalah untuk melangsingkan badan. Patutlah kebanyakan wanita China langsing-langsing belaka.
     Kami dilayan dengan penuh mesra dan setiap orang dapat merasa keenakan setiap jenis tea yang dihidangkan. Ada pula teko dan cawan yang boleh bertukar warna pada logonya apabila dituang tea yang panas ke dalamnya. Semua itu adalah cara mereka untuk menarik minat kita untuk duduk lebih lama mendengar cerita mereka. Bab merasa ni semua orang suka. Tetapi bila sampai masa mereka mempromosi harga tea, menyebabkan kami semua menggeleng kepala. Harganya sungguh tidak masuk akal. Tiga kotak tea mengikut jenisnya ditawarkan dengan harga sehingga 1000 yuan. Macam nak pengsan pun ada rasanya...cekik darah betul...ingat kami ni taukeh lombong ke... Melihatkan kami macam terkejut beruk, mereka menawarkan pula harga yang lebih rendah, kononnya tawaran istimewa untuk pengunjung2 yang datang hari ini. Tiga kotak tea + dengan tea set yang boleh berubah warna dengan harga 600 yuan daripada harga asal tadi. Mendengarkan harga yang tersangatlah tinggi itu, terus terbantut hajatku untuk membeli Jasmin Tea tadi. Nampaknya duitku yang akan langsing pula nanti. Hubby pula dah menjeling-jeling manja seolah2 memberi amaran kepadaku. Aku faham sangatlah jelingannya itu sebab aku ni jenis yang mudah terpedaya.
Amoi yang berbadan langsing memberi penerangan.

Amoi ni sedang menyediakan tea.

Semua kusyuk mendengar.

bahagian pameran tea yang kononnya berusia beratus tahun.

*INI ADALAH SALAH SATU TEMPAT YANG DIMESTIKAN OLEH KERAJAAN CHINA UNTUK DILAWATI. Banyak lagi...tunggulah ceritaku yg seterusnya.


Monday 5 May 2014

NAN DOU YA MOSQUE

25.03.14 (2.00 P.M)

      Usai makan tengah hari kami terus menaiki bas untuk ke masjid bersolat. Kami dibawa Masjid Nan Dou Ya. Masjid ini terletak berhampiran jalan utama. Bangunan masjid tidak banyak berbeza dari ssegi seni binanya daripada bangunan-bangunan lama yang lain. Tidak seperti masjid-masjid di Malaysia yang mempunyai kawasan yang luas siap dengan tempat parking. Di sini kawasannya agak terhad. 

       Melangkah masuk ke dalam bangunan masjid, terdapat sebuah bilik menjual cenderamata dan makanan ringan air tangan muslimat di sini. Di hadapan bilik ini terdapat sebuah bilik lagi yang aku agak bilik petugas-petugas masjid. Berjalan terus ke hadapan terdapat sebuah peti derma yang diletakkan di tengah-tengah ruang antara jalan masuk ke ruang solat lelaki dan ruang solat wanita. Bilik wuduk dan bilik air/tandas juga berasingan. Aku tidak berpeluang untuk ke ruang solat kerana keuzuran. Nampaknya sepanjang berada di Beijing ini aku tidak dapat peluang untuk menunaikan solat di mana-mana masjid. Hanya berlegar-legar di kawasan luar ruang solat sahaja. 
Seni bina bahagian siling masjid.

      Sementara menunggu yang lain solat, sempatlah aku melihat barang-barang yang dijual di kedai cenderahati. Tetapi tiada satu barang pun yang aku beli. Di tepi jalan pula seperti biasa ramai penjaja-penjaja yang sudah menunggu kami. Ada yang menjual beg, T-shirt, jam tangan, makanan dan lain-lain lagi. Ramai jugalah antara kami yang membeli. Aku tertarik kepada beg kain yang ditawarkan kepadaku pada mulanya 4 buah dengan harga 100yuan. Aku cuba meminta 6 buah beg dengan harga yang sama. Tak sangka pula, tanpa banyak soal jawab penjaja itu terus memberi beg itu kepadaku. Aduh...menyesal pulak tak minta 10 tadi. Tanpa berlengah lagi aku terus naik ke dalam bas bimbang terbeli pula benda lain. Sabar...masih ada 3 hari lagi. Hubbyku sempat juga membeli songkok buatan tangan di kedai cenderamata dan jam tangan yang dijual oleh penjaja di tepi jalan. Harganya sangat murah...tapi tak tahulah..kualitinya macam mana...Bas terus membawa kami ke destinasi seterusnya...

     ALHAMDULILLAH...masih diberi kesempatan melihat ragam manusia sebagai cermin diri agar menjadi insan yang lebih baik.

Sunday 4 May 2014

IMPERIAL GARDEN

       Hampir 1 jam kami melawat sekitar istana dan kamar-kamar raja, kami berjalan menuju pintu keluar atau dikenali sebagai Gate of Terrestrial Tranquility halaman belakang istana. Di sinilah terletaknya sebuah taman yang diberi nama Imperial Garden (Yuhua Yuan). Dibina semasa Dinasti Ming pada tahun 1417, adalah dalam bentuk segi empat tepat dan meliputi kira-kira 12,000 meter persegi. Ini adalah tempat percutian yang peribadi untuk Kerabat Diraja dan tipikal Reka bentuk Taman Diraja Cina. Terdapat beberapa struktur dua puluh, setiap gaya yang berbeza, terdapat pokok-pokok yang ditanam berbaris, batu-batuan yang diukir, pokok bunga dan objek seperti pembakar Kemenyan gangsa dan pelbagai kesenian yang dapat menarik perhatian pengunjung. Ia adalah satu penghormatan kepada seni reka yang begitu banyak boleh dilihat dalam ruang yang agak terhad.

      Terdapat sebuah bangunan utama iaitu Dewan keamanan Imperial ( Qin'andian) yang telah dibina pada kurun ke-15. Di hadapan Dewan terdapat pokok pine yang telah berusia empat ratus tahun, dikenali sebagai Pine Permaisuri, melambangkan keharmonian antara Maharaja dan Maharani.

     Setiap empat sudut Taman terdapat sebuah astaka yang melambangkan musim-musim. Pavilion Springs adalah paling terkenal dan terletak di hujung timur laut. Dibina pada 1535 dan dipulihkan semasa Dinasti Qing.
     Keluar dari taman, kami menyusuri sungai buatan di sebelah kanan dan jalan raya yang sibuk di sebelah kiri ruang pejalan kaki. Terdapat pokok yang berbunga putih yang begitu menarik sekali. Kami berjalan kaki agak jauh juga untuk menuju ke tempat parking bas. Dari dataran pejalan kaki kami terpaksa melintas jalan raya yang sibuk. Di sini juga terdapat bas-bas yang bergerak menggunakan kuasa elektrik. Patutlah wayar elektrik berselirat di sepanjang jalan. Satu pemandangan yang luar biasa bagi kami. 

     Tamatlah lawatan kami ke Forbidden City. Destinasi seterusnya ialah menuju ke restoran untuk makan tengah hari. Hari ini makan tengah hari yang kedua di Beijing. Hidangannya lebih kurang sama tapi kali ini dapat merasa makanan laut seperti udang dan ikan. Menunya juga agak banyak. Alhamdulillah...moga segalanya dalam perlindungan Allah.
Inilah rupa bas elektrik. Di bahagian atas tu wayar yang berselirat..


ALLAHUMASYALLI'ALA MUHAMMAD....
 

Original
Having visited all the sites on the east and west sides of the Inner Court, you may leave via the Gate of Divine Might.