Pages

Total Pageviews

Monday 25 May 2015

MIMPI KOREA

Assalamualaikum...wbt.

Rindu sangat nak menulis dan bercerita.
Ok...hari ini aku akan mulakan penulisan tentang percutianku ke Korea bersama hubby.
Sudah lama aku berangan nak melancong ke Korea.
Setiap kali menonton drama Korea, hatiku melonjak2 untuk ke sana.
Berbagai dugaan yang aku alami untuk mencapai impianku ini.
Mulanya kami bercadang untuk menggunakan khidmat Kembara Sufi Travel kerana sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan sewaktu kami ke Beijing dulu.
Tapi, aku terlambat sedikit membuat tempahan...tempahan untuk bulan Nov - Dec 2014 telah ditutup.
 Ramai sungguh rupanya yang nak ke sana, sedangkan masa aku buat tempahan tu baru masuk bulan Jun. Tak ada rezekilah aku dengan Kembara Sufi Travel.
Hubby terus mengintai agensi lain yang menawarkan harga yang berpatutan.
Hubby deal dengan Andalusia. Aku dah senang hati. Tapi lagi sekali aku kecewa...disebabkan hubby lambat 2 hari untuk bank in deposit, tempat kami telah diberi kepada orang lain...
Nak nangis aku...sampai hati...macamlah kami takde duit...huhuhu......
Hubby terus berusaha...dia terpaksa pujuk aku sebab dia tak nak bawa aku ke Jepun.
Awal cuti Nov, hubby akan ke Jepun. Dia ada kawan, seorang prof. dari Indon sedang bertugas di Tokyo University. Dia akan bercuti ke Tokyo selama 10 hari...lama tu aku kena tinggal...mana boleh jadi macam tu...so, untuk pujuk aku, dia bersetuju untuk bawa aku ke Korea selepas dia pulang dari Jepun.
Akhirnya....setelah mencari dan mencari akhirnya kami berjumpa juga dengan agensi pelancongan yang dikendalikan oleh student Malaysia di Korea..Muslim Budged Travel. Kami deal dengan agensi ni yang menggunakan khidmat Syarikat Wiya Travel di Malaysia.
Tarikh yang dipersetujui 4 Dec 2014, sehari selepas hubby pulang dari Jepun.
Amboi...bukan main lagi dia...berjalan sakan...lepas ke Jepun, ke Korea pulak..takpelah...kasi chance, tapi kali ni je tau..
Anak-anak? Kali ini kami memang tak bawa anak-anak. Anak yang 1st and 2nd cuti tak sama. Dua-ada tengah study masa kami pergi tu. Anak yang 3rd and bongsu pun kami tak bawa....alasan?
Kami nak berdua sahaja...dah lama kami tak menghabiskan masa berdua. Pendek kata, ini adalah 2nd honeymoon kami...ada ke 1st honeymoon lepas kahwin dulu...ada..tapi kat kampung hubby (Kelantan) je masa tu...20 tahun yang lepas.
Masa yang kami pilih ni memang bertepatan sangat...di Korea masa ni winter..nak rasa kesejukan suhu -ve di bawah paras beku dan nak lihat sendiri snow yang memutih.
Alasan kedua, ofcourselah nak jimat belanja. Kami bukan orang kaya...budget ciput je..cari pun travel yang budget. Sesuailah dengan budget yang kami ada.
Mulai dari hari kami bank in deposit, bermulalah mimpi Koreaku. Setiap kali menonton drama Korea, mulalah aku berangan sendiri. Ya Allah...moga angan dan mimpiku jadi kenyataan. Itulah doaku setiap saat.
Oh ya, nak tahu berapa bayaran yang Muslim Budget Travel kenakan?
Sangat berpatutan...5 hari 4 malam, flight tiket, hotel, makan minum dan transpot di Korea, all in one hanya RM2800 sahaja. Itu hujung tahun lepas tau..sebelum ada GST. Tahun ni aku tak tahulah berapa. Mungkin lebih sikit kut...
Tempat-tempat yang kami lawati pun termasuk juga dalam bayaran tu, contohnya tiket feri ke Nami Island, tiket masuk ke Everland dan tiket masuk ke Tricky Museum.
Nanti aku akan ceritakan dalam entry yang seterusnya tentang tempat-tempat yang kami lawati di Korea.
Nak tulis inipun aku dah terlepas lebih 5 bulan..tapi Insya Allah, semuanya masih segar di ingatan.
Ok...jumpa lagi dalam Korea Part 1.
Bye.



No comments:

Post a Comment