Pages

Total Pageviews

Saturday 14 December 2013

SHOPPING TIME

HAJI ISMAIL GROUP

5.30 p.m. (17/11/13)

            Salam alaik...setelah merehatkan diri, tibalah masa untuk kami bersantai-santai di Kompleks Hj Ismail Group. Kaya dah pak haji ni...dari sebuah kedai tambah beberapa buah kedai. Sekarang ada kompleks beli-belah pula. Bersebelahan dengan kompleks, tersergam bangunan hotel. Tak tahulah nak kata berapa bintang taraf hotel pak haji ni. Kalau nak maklumat lanjut tentang HIG boleh rujuk link ini. http://hajiismailgroup.com.my/v1/latar/

    Masuk ke dalam kompleks, tempat pertama dituju adalah bahagian coklat. Aduhai...macam-macam coklat ada. Coklat pertama yang dutuju, apa lagi Daim lah... Harga sepaket Daim RM14.30, 3 paket RM43.00. Hampir 1 jam berlegar-legar di bahagian coklat. Tak sedar, hampir penuh satu troli dah coklat yang diambil. Tak tahulah berapa kos coklat sebanyak itu.

           Dari bahagian coklat kami ke bahagian pinggan mangkuk pula. Mata aku liar mencari pemanggang ajaib yang dihajati. Terdapat beberapa jenama pemanggang ajaib, jenama HIG pun ada. Aku memilih jenama Vantage yang berukuran 36cm. Harga berbeza mengikut saiz. Saiz 32cm RM99 manakala saiz 36cm RM109. Kemudian ke bahagian sudu pula memilih sudu yang dipesan oleh mak saudara. Dalam pada itu tertarik pula dengan mangkuk caserol yang comel dengan harga yang sangat murah 3 beradik RM10.50. 

              Sedar tak sedar dah hampir 2 jam berlegar-legar dalam HIJ kompleks. Macam tak percaya kos untuk coklat sahaja hampir sebelah tangan. Reda jelah....lepas ni boleh mandi dengan coklat...Masalahnya macam mana nak bawa balik ke hotel barang-barang ni...terpaksalah aku calling anak bujang yang entah ke mana merayap....

              Balik ke hotel, kami terus ke kedai makan untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Boleh tahan juga harga makanannya, tapi rasanya pun kira boleh tahanlah...Apa nama kedai makan tu aku tak ingat dah. Aku memesan dua bungkus mee untuk mak dan mak busu. Mereka berehat di bilik tak join pun dengan kami yang kaki shopping. Balik ke bilik, solat dan tidur. Esok kami akan meneruskan lawatan di Pulau Lagenda ini. Good night...

            



Thursday 12 December 2013

LANGKAWI 2

DAY 1

KILIM GEOFOREST PARK

                   Assalam....Lawatan ke 2 kami pada hari pertama ini ialah Kilim Geoforest Park. Dari Dataran Lang kami terus dibawa ke jeti Sungai Kilim. Dalam perjalanan pemandu pelancong kami bercerita dan menerangkan tentang Kilim Geoforest Park. Sampai di jeti, kami menaiki bot dengan bayaran RM25 seorang. Sebuah bot boleh memuatkan 8 orang penumpang. Kali ini semua ahli rombongan menyertai lawatan ke 2 ini. Mak dan mak busu ikut juga. Ramai yang sukarela memimpin semasa menaiki bot dan naik semula ke jeti. Terima kasih semua.

             Dari jeti kami dibawa ke tempat burung helang. Kami amat bertuah kerana menaiki bot yang sama dengan pemandu pelancong kami yang begitu peramah dan mesra. Kami diberi penerangan tentang burung helang sambil melihat burung helang yang bertebangan mencari makan di permukaan air. Sungguh menakjubkan.



Pulau Kasut Laut Andaman
Rock man
   Kalau diamati betul-betul, batu ini kelihatan seperti muka orang. Pemandu pelancong yang membawa kami tu kata kalau tak nampak tandanya dia.....macam yang PRamli kata dalam cerita Nujum Pak Belalang....haaa...jawablah sendiri.

            Seterusnya kami dibawa melawat Sangkar Ikan. Seronok betul melihat ikan pari yang jinak, ikan sumpit yang pandai menyumpit air dan macam-macam ikan lagi juga belangkas pun ada.


anakku dan belangkas.
Gua Kelawar
monyet yang jinak nak mengendeng beg pelawat..     
mak dan mak busu, mereka tak masuk pun Gua Kelawar, tunggu dalam bot je..
            Tamatlah lawatan untuk hari ini. Dari sini kami dibawa kesebuah restoran untuk makan tengah hari. Ramainya pelanggan...tapi puas hatilah macam-macam lauk ada. Ramai yang mencuba kerabu bronok yang dipromot oleh pemandu pelancong kami. Entahlah sedap ke tidak sebab aku tak terasa pun nak mencuba kerana rasa semacam je bila tahu bronok tu ialah spesis gamat. 

                 Dari sini kami terus dibawa ke tempat penginapan kami di SINARAN MOTEL. Sinaran Motel ini terletak berhadapan dengan Hotel dan Kompleks Haji Ismail Group. Melintas jalan je dah boleh bershopping sakan. Di bawah motel ini pula terdapat pasaraya juga menjual beranika barang. Kalau malas nak berjalan jauh, shopping je lah di bawah ni. Kedai makan pun ada di bawah berhampiran motel, boleh jerit je dari atas kalau nak pesan makanan...tapi tak kan lah nak menjerit pulak kan...

                  Petang ni aktiviti bebas...masuk bilik nampak katil badan terus jadi letih. Apa lagi, tidurlah aktiviti kami petang ini. Namun begitu kami dah berjanji nak keluar shopping ke Kompleks Haji Ismail Group jam 5.30 petang nanti. Ok...sambung lagi nanti....bye...mata dah tak boleh celik...

LANGKAWI 1

DAY 1

17/11/13

DATARAN LANG

                Assalam...hari ini hari pertama menjejakkan kaki di Pulau Lagenda. Ini adalah kali ke 3 aku ke sini. Kali pertama mengikut kawan pulang ke Kedah pada Nov 1993 (dah tak ingat tarikhnya). Kali kedua bersama family pada 22 Dis 2008. Hari ini pula mengikuti rombongan "Cik Kiah" bersama KGKT SEKOP. Aku membawa bersama 2 orang anak, emak dan ibu saudaraku. Kami bertolak dari Tg Gemok pada jam 3.00 petang semalam (16/11/13) terus ke Kuala Perlis. Sampai di Kuala Perlis jam 3.45 pagi. Terus ke masjid merihatkan diri dan bersolat subuh sebelum bersarapan dan menaiki feri jam 8.15 pagi.

          Sampai di jeti, kami terus menuju ke bas yang telah sedia menunggu kami. Beg-beg kami telah diuruskan oleh Al-Husnan Enterprise syarikat pelancongan yang bertanggung jawab menguruskan lawatan kami di sini. Kami terus dibawa melawat ke Dataran Lang. Ini kali pertama aku ke sini. Puas juga menapak kerana bas hanya boleh parking di luar kawasan. Emak dan mak busu hanya menunggu di dalam bas kerana tidak larat berjalan. 

Pokok kelapa bercabang. Kebesaran Allah...
       Di kawasan inilah bas kami diparking sementara menunggu kami ke Dataran Lang.


          
                 Dataran Lang ialah mercu tanda yang paling jelas kelihatan oleh pelawat yang datang melalui jalan laut. Terletak berhampiran Jeti Kuah, tarikan utama di dataran ini ialah patung seekor helang yang bersedia untuk terbang. Mengikut cerita lama, Langkawi memperolehi namanya daripada helang. Dalam Bahasa Melayu Lama, kawi bermaksud perang kemerahan, oleh itu, Langkawi bermaksud ‘Helang perang kemerahan'. Dataran ini dilanskap indah dan mempunyai kolam, jambatan, teres tertutup, restoran dan "barrel vault" yang dibuat daripada batu-bata. Dataran ini diterangi dengan indah pada waktu malam dan mempersembahkan permandangan yang indah apabila anda menuju ke pulau pada waktu malam.


ANNUAL DINNER

MALAM SEKALUNG BUDI SEINDAH KENANGAN

RBR 1 NOV 2013

ASSALAM...

           Malam Sekalung Budi Seindah Kenangan...begitu indah nama yg diberi kepada majlis makan malam anjuran SEKOP tempat hubby bertugas juga sekolah lama tempat aku pernah bertugas selama 17 tahun. Malam ini memang sangat aku nantikan kerana ingin melepaskan rindu akan rakan-rakan lama. Walaupun sudah 4 tahun bertukar ke sekolah lain, namun kenangan 17 tahun di SEKOP tetap segar dalam ingatan bak kata pepatah, "tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain." SEKOP banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buatku. SEKOP juga banyak mengajar aku untuk menjadi seorang pendidik  yang berdedikasi. SEKOP jugalah yang menemukan pasangan hidupku yang telah ditentukan Allah buatku. Walaupun masa itu hubby tidak bertugas di SEKOP tapi dia kerap datang atas pebagai urusan. Dari situlah kami bertemu dan akhirnya kami disatukan atas nama jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Esa. Alhamdulillah...syukur kepadamu Ya Alla, kerana menemukan aku dan dia...

                Terlalu banyak kenangan ku di SEKOP. Kalau nak cerita memang tak pernah habis. Setiap tahun saat-saat begini memang aku nantikan. Walaupun semakin ramai ahli baharu di SEKOP, tapi mereka tetap mesra bersama rakan-rakan lama ku. Malam ini aku rasa seperti berada dalam sebuah keluarga besar. Semuanya datang bersama ahli keluarga masing-masing. Pertemuan begini hanya berlaku sekali dalam setahun. Malam seperti inilah juga kami berpeluang untuk berkenal mesra dengan ahli keluarga yang hadir. Pelbagai acara diadakan selain acara utama makan-makan. Malam ini juga meraikan pertukaran guru besar SEKOP ke sekolah lain. SEKOP akan menerima guru besar baharu tidak lama lagi. Semoga beliau lebih cemerlang di sekolah baharu..In sya Allah.

 

PERSARAAN

BERSARANYA SEORANG GURU CEMERLANG

 23/10/13 (SELASA)

                Hari ini aku menghadiri majlis persaraan Cikgu A Rahim di SK Pianggu. Aku dan semua bekas guru SEKOP  yang pernah berkhidmat bersama cikgu Rahim dijemput ke majlis ini. Tetapi tak ramai bekas guru SEKOP yang dapat hadir kerana tugas masing-masing yang tidak mengizinkan. Aku pun hadir sudah dipenghujung majlis. Tak sempat nak tengok persembahan daripada guru-guru dan murid-murid. Banyaknya hadiah yang cikgu Rahim dapat daripada guru-guru dan murid-murid. 
     
                 Cikgu Rahim telah berkhidmat di SEKOP selama 22 tahun bermula 1 Dis 1991. Setahun je beza daripada aku. Aku posting di SEKOP pd 1 Dis 1992. Aku berkhidmat di sana sehingga Dis 2009. Cikgu Rahim seorang guru Matematik yang sangat dedikasi, tak hairanlah mengapa beliau mendapat anugerah guru cemerlang. Beliau banyak menghasilkan modul Matematik yang sangat berkesan terutama untuk murid-murid lemah dan pemulihan. Aku juga banyak belajar daripada beliau semasa bertugas di sekolah yang sama dulu. Tanyalah bekas murid-muridnya yang telah berjaya, semua mengkagumi beliau dan sangat berterima kasih kerana berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang. Kalau nak cerita tentang jasa-jasa beliau di SEKOP memang tak habis.

               Persaraan beliau diraikan dalam suasana yang meriah dah penuh syahdu. Cikgu Rahim kelihatan seperti seorang pahlawan melayu atau pengantin yang sedang menunggu kehadiran pengantin perempuan. Ramai yang menitiskan air mata kerana selepas ini tiada lagi khidmat beliau di sini. Lambaian terakhir daripada seorang wira membuatkan hati menjadi sebak. Selamat bersara cikgu Rahim. Jasamu sentiasa dalam ingatan kami semua. Terima kasih tidak terhingga buatmu.


               
                         














GAJAH

SANTUARI GAJAH

              Dari rumah abang di Felda Ciku 7, kami pulang ke Pahang melalui Felda Aring, Tasik Kenyir dan Kuala Berang sebelum memasuki LPT. Melalui jalan ini masa perjalanan dapat dipendekkan dalam 2 jam. Selain dapat menikmati pemandangan hutan dan Tasik Kenyir yang indah, kita juga boleh singgah di santuari gajah. Di sini gajah-gajah di tempatkan untuk menjadi tarikan para pengunjung. Asalnya gajah-gajah ini adalah hidupan liar di sekitar belantara Tasik Kenyir. Kita juga dapat melihat gajah yang dilepaskan di kawasan hutan berhampiran. Kawasan ini dipagari dengan pagar elektrik. Di sini juga juga pengunjung boleh belajar cara-cara menjinakkan gajah, memberi gajah makan dan berpossing dgn gajah. Gajah-gajah di sini faham arahan yang diberikan oleh penjaga mereka. Tiada sebarang bayaran dikenakan kecuali bayaran untuk membeli tebu yang sudah siap diracik untuk diberikan kepada gajah. Seikat tebu tersebut dikenakan bayaran RM1. Bayaran itu bagi tujuan pemuliharaan gajah2 di situ. Semuanya dikendalikan oleh petugas dari Jabatan Perhilitan.


Kalau berkesempatan datanglah ke sini...tolong promot...

CUTI BERAKHIR

KEMBALI KE RUMAH

16/10/13 (11 Zulhijjah 1434)

            Pagi ini kami bersiap-siap untuk kembali semula ke rumah. Rasa macam tak puas bersama sanak saudara. Cuti hanya 5 hari, esok kembali bertugas seperti biasa. Kami bercadang bertolak awal, tapi pukul 10.00 pagi baru beres semua. Setelah bersalam-salaman, kami bertolak pulang. Terlalu cepat masa berlalu. Selamat tinggal semua, semoga bersua kembali. In sya Allah, kalau tidak ada aral cuti panjang nanti kami datang lagi. 
      
           Sebelum bertolak sempat juga berposing dan candid gambar keluarga abang Soh ni.
Inilah rumah abang Soh (abang ipar) yang tersergam indah hasil titik peluh menjadi peneroka Felda. Dulu masa aku lepas kahwin di tapak yang sama ini keluarga ini tinggal di rumah yang disediakan oleh Felda dalam serba kekurangan. Tetapi sekarang orng2 Felda dah senang, semua hidup dengan selesa dalam rumah banglo seperti ini. Alhamdulillah...