Pages

Total Pageviews

Sunday 7 June 2015

KOREA PART 9 -GOOD BYE SEOUL

DAY 5
7th Dec 2015 (Monday)
lAST DAY IN KOREA

Alhamdulillah..pagi ini hubby dah semakin sihat.
Sementara menunggu untuk check out, aku mengemas dan packing apa yang patut.
Hubby pula nak keluar jalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan hotel.
Sekejapnya masa berlalu..sedar tak sedar dah lima hari kami di sini.
Petang ni kami akan terbang pulang ke sangkar kami di tanah tumpah darah tercinta bumi Malaysia.
Betullah kata pepatah hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
Rindu ku kepada anak-anak, rumah dan kawan-kawan semakin terasa.
Semakin bersemangat aku mengemas.
Insya Allah, esok aku akan sampai ke rumah dan bertemu dengan semua yang aku rindu.

Jam 11.00 pagi kami berkumpul di lobi hotel.
Seorang wanita sebaya Nina datang menjemput kami.
Kami berlima menaiki sebuah mpv yang dipandu oleh oleh wanita yang menjemput kami.
Sembilan orang lagi telah menaiki flight pagi tadi kerana mereka akan pulang ke Singapore.
Tinggallah kami berlima sahaja.

Sepanjang jalan ke Anchion International Airport, aku lihat salji memutih dan semakin menebal di kiri kanan jalan.
Kenapalah sepanjang kami di sini, hanya sekali sahaja kami dapat menikmati salji yang turun.
Itu pun hari pertama kami sampai di sini.
Hampir 1jam juga perjalanan dari hotel ke airport.
Sampai di airport salji sungguh tebal.
Kereta-kereta di parkir semua dilitupi salji begitu juga dengan bumbung bangunan berhampiran.
Ketika kami sampai deraian salji yang halus turun seolah-olah mengiringi kepulangan kami.
Harapan nak melihat salji yang turun dengan lebat tidak kesampaian.
Bukan rezeki kami agaknya.

Setelah urusan check in dan bagasi selesai, kami terus ke departure hall.
Sebelum itu kami lunch, itupun dengan roti dan telur rebus sahaja.
Untuk ke departure hall kami kena menaiki train.
Hubby mengajak aku solat dahulu sebelum menaiki train.
Aku mencari-cari tunjuk arah di mana terletaknya musalla atau bilik solat.
Sedang mencari-cari itu, kami terserempak dengan pertunjukan perkahwinan tradisional Korea.
Sempat juga bergambar dengan mereka.

Akhirnya berjumpa juga dengan bilik solat.
Alhamdulillah...ada juga ...walau pun terpaksa berkongsi dengan lelaki.
Masa di Beijing dahulu kami solat di ruang menunggu hanya dilindungi dengan troli sahaja.
Selesai solat, kami terus menaiki train ke departure hall.
Ramai juga orang Malaysia yang akan pulang hari ini.

Sementara menunggu tu, sempat juga aku dan hubby membeli belah.
Bukan apa, nak habiskan Korea Won yang masih berbaki.
Kalau tak... nak buat apa...nak tukar di bank tak padan.
Beli jelah apa yang patut.

Tepat jam 4 petang, kami dibenarkan masuk ke flight.
Good bye Korea.
Insya Allah....kami akan datang lagi nanti..
Itu pun kalau ada ongkosnya..

Bye semua...jumpa lain kali.


No comments:

Post a Comment