Pages

Total Pageviews

Sunday 7 June 2015

KOREA PART 7 - MENARA CINTA

DAY 3
5th Dec 2015 (Saturday)
Museum of Seoul & Seoul Tower

Hari ke 3 di bumi Seoul.
Kedinginan hingga ke tulang. Salji memutih di bumi...indahnya alam ciptaan Allah.
Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada ku untuk menghirup udara segar di bumi Mu ini dan menikmati keindahan alam serta mengagumi kebesaran dan kekuasaanMu.

Pagi ini, breakfast pertama kami di Mate Hotel.
Aku dan hubby hanya minum jus oren, roti kosong dan 2 biji telur rebus.
Sejak di sini, aku rasa telur rebus sangat lazat. Alhamdulillah...

Pagi ini group kami diketuai oleh Nina yang manis menuju ke bandar Seoul.
Pagi ini kami memulakan lawatan ke Museum of Seoul dan Seoul Palace.
Masa sentiasa menghambat kami.
Nina tidak memberi peluang kepada kami untuk berlama-lama di dalam Museum.
Kami cuma diberi penerangan tentang istiadat perkahwinan diraja dan tradisional rakyat Korea.
Dari bangunan Museum, Nina membawa kami ke kawasan istana lama zaman pemerintahan raja dahulu. Tak banyak perbezaannya dengan istana zaman pemerintahan raja di negeri China.
Kami diberi masa dan peluang untuk merakamkan keindahan kawasan istana lama ini.
Tasik di belakang tu hampir beku.
Time to lunch.
Kami dibawa ke sebuah restoran Arab Morocco.
Di sini ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke Seoul datang makan.
Setiap hari restoran ini dipenuhi oleh rakyat Malaysia.
Not bad lah...tekak aku ni masih boleh menerimanya.
Makanan dihidang secara buffet di sini. Ambil jelah apa yang ada, makanlah semahunya..

Sebelum meneruskan lawatan, kami menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar terlebih dahulu.
Restoran ini menyediakan ruang solat untuk pengunjung muslim. Alhamdulillah...
Setelah semua selesai, kami menaiki bas ke destinasi seterusnya iaitu Seoul Tower.
Kami terpaksa mendaki untuk sampai ke dataran menara. 
Kalaulah tak kerana cuaca yang sejuk, rasanya tak mampu aku untuk mendaki jalan yang agak curam. Hubby yang kurang sihat juga nampaknya gagah juga mendaki.

Dari atas pelantar menara kami dapat melihat pemandangan kota Seoul. 
Di sini juga terdapat beribu-ibu/juta pad locks yang digantung pada jeriji pelantar.
Konon-kononnya pasangan yang bercinta mengunci cinta mereka di sini.
Mereka akan menggantungkan pad lock di situ dan membuang atau menyimpan kuncinya.
Maka terkuncilah cinta mereka di situ. 
Pada pad lock itu ditulis nama pasangan dan kata-kata cinta.
Aku dan hubby hanya menggunakan kesempatan untuk bergambar sahaja.
Tak tahulah bila lagi kami akan sampai ke sini.
Insya Allah...ada rezeki boleh bawa anak-anak pula.
Pemandangan dari pelantar menara.
Pertunjukan kepahlawan Korea bermain senjata tradisional.

Beginilah rupanya pad locks yang digantung lambang cinta pasangan yang berkunjung ke sini.
Kami juga pasangan yang bercinta..tapi tak gantung pad lock pun..
Sarang anyo = luv u
Tamatlah episod cinta di Menara Seoul.
Dari sini, kami ke Masjid Seoul.
Disebabkan jalan yang agak sempit, bas tidak boleh membawa kami terus ke perkarangan masjid.
Kami terpaksa menapak lagi...cuaca yang terlalu sejuk menyebabkan kaki terasa kejang dan tapak kaki pula rasa macam membeku. begitu juga jari jemari walau pun memakai glove yang tebal.
Lorong untuk ke masjid, agak jauh juga.
Di kiri kanannya terdapat kedai-kedai makan halal kepunyaan warga indonesia dan India Muslim.
Kami yang keuzuran tidak meneruskan perjalanan ke masjid tetapi singgah di restoran tempat kami akan makan malam nanti
Masuk ke dalam restoran melegakan otot-otot ku yang kejang dan barulah terasa kehangatannya.
Nikmat kehangatan terasa bila dalam kesejukan. Alhamdulillah..
Masjid Itaewon Seoul Korea
 

Selesai makan, seperti yang dijanjikan, Nina membawa kami ke shopping kompleks.
Sudah 3 hari, kami menanti saat untuk shopping.
Walaupun nilai pertukaran wang agak tinggi tapi naluri untuk bershopping tidak dapat dipisahkan.
Sesuatu mesti dibeli sebagai kenangan dan buah tangan untuk sahabat handai.
Malam ni kedinginan amat terasa. 
Laju je kami melangkah untuk masuk ke dalam bangunan.
Nina membawa kami ke satu kedai yang menjual pelbagai sourvenir.
Penjual di sini semua boleh berbahasa melayu.
Senang untuk kami berkomunikasi.
Asyik sangat mengumpul barang dalam bakul, sampai tak sedar dah terlebih budget.
Nina yang baik hati telah meminjamkan wangnya kepada aku. Alhamdulillah..
Di bangunan inilah Nina membawa kami shopping.
Bersama hasil tangkapan untuk dibawa pulang.
Hubby yang kesejukan..
Sampai di hotel, seperti yang dijangkakan, hubby demam semula.
Selepas mandi dengan air panas, solat dan makan ubat, hubby terus tidur.
Seperti malam-malam sebelum ini, hubby mengerang dalam selimut. 
Aku tolong memicit-micit badannya sehingga dia tertidur.
Aku berdoa moga hari esok hubby sihat seperti biasa.
Insya Allah..

No comments:

Post a Comment