Pages

Total Pageviews

Sunday 29 June 2014

ANAK TAUKE & PEARL

DAY 5

27.03.2014 (KHAMIS)

8.00 A.M.

       Hari ini kami bertolak dari hotel seawal 8.00 pagi menuju ke Perkampungan Sukan Olimpik (Olympic Park). Cuaca pagi ini lebih sejuk dari biasa kerana malam tadi ada sedikit hujan. Dalam perjalanan, Saly memberi sedikit maklumat tentang kepesatan Beijing selepas Temasya Sukan Olympic pada 2008. Penduduk Beijing semakin bertambah begitu juga dengan taraf hidup semakin meningkat. Harga rumah di Beijing terlalu tinggi menyebabkan penduduknya amat sukar untuk memiliki rumah sendiri. Untuk memiliki sebuah kereta juga memakan masa hampir setahun untuk mendapatkan nombor pendaftaran.  Pemastautin yang datang dari luar Beijing pula terpaksa menunggu lima tahun untuk kelayakan membeli rumah dan kereta. Alhamdulillah....negaraku Malaysia belum sampai ke tahap itu. Kita masih bebas untuk membeli rumah dan kenderaan sendiri mengikut kemampuan masing-masing. Kita juga tiada had untuk memiliki anak. beranaklah beberapa orang pun selagi mampu. Aku sangat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia.

       Sampai sahaja di kawasan perkampungan sukan kami terus dibawa ke sebuah lagi goverment shop yang wajib dikunjungi oleh semua pelancong yang datang menerusi travel agensi negara masing-masing. Kali ini kami sekali lagi dipaksa mendengar ceramah tentang pengeluaran mutiara (pearl) air tawar. Kami dibawa masuk ke sebuah bilik. Seorang wanita muda memperkenalkan diri dan bercerita tentang pengeluaran mutiara air tawar di China dalam bahasa Inggeris pelat2 cina. Semua mendengar dengan khusyuk. Selepas lebih 5 minit bercerita, dia keluar dari bilik dan meminta kami menunggu sebentar. 

      Beberapa minit kemudian masuk seorang lagi wanita muda yang lebih bergaya dalam pakaian yang up todate dan bermake-up kelihatan agak cute. Tapi dia macam takut-takut melihat kami. Dia kerap memandang ke luar bilik dan kelihatan tidak selesa. Kemudian, menutup pintu dan mula berkomunikasi dgn kami. Melihat respond kami yang agak baik, dia nampak lebih yakin. Dia membandingkan kami dengan group yang datang dari Filiphine. Katanya, group tersebut sangat sombong dan langsung tidak memberi respond kepadanya. Sebab itulah dia ingat group kami pun begitu.

      Dia mula memperkenalkan dirinya. Aku dah lupa namanya...Kononnya dia tak pandai sangat memberi penerangan sebab dia kurang fasih berbahasa Inggeris. Katanya dia anak boss atau tauke pusat mutiara tu. Dia dipaksa bekerja di situ walaupun dia tak suka. Dia pernah dihantar belajar ke US tapi dia hanya berada di sana selama 2 bulan sahaja. Dia tak suka belajar di sana kerana masalah bahasa. Bila dia balik ke Beijing, ayahnya marah dan paksa dia bekerja. Ayahnya banyak buat bisnes selain bisnes mutiara itu. Semua abang2nya mewarisi pekerjaan ayahnya, cuma dia sahaja yang tidak berminat. Meloponglah kami mendengar ceritanya...siapa yang tidak pernah tahu cerita pasal anak tauke kelentong ni..memang percaya bulat2 cerita dia termasuklah aku. 

      Selepas bercerita tentang dirinya, barulah dia menunjukkan kepada kami cara untuk mengenali mutiara yang palsu dan yang asli. Begitu juga dengan jade yang berkualiti dengan yang rendah kualitinya. Melihatkan kami macam seronok, dia bertambah yakin dan nampak makin mesra. Tidak lama kemudian seorang staffnya datang membawa sedulang cincin mutiara. Anak tauke tu dengan bangganya memberitahu yang cincin2 itu akan diberikan kepada kami secara percuma. Staffnya kelihatan terkejut (lakonan semata2). Dia melarang kami memberitahu group lain, sebab group lain tak dapat cincin percuma itu katanya. Rupanya itu semua adalah helahnya sahaja untuk meyakinkan kami.

      Selepas itu, dia membawa kami ke bilik pameran dan julan mutiara yang esklusif. Dalam perjalanan ke ruang pameran itu, hubby berbisik kepadaku..."tak pernah ke baca dalam blog kisah anak tauke ni? Semua cerita macam sama je...kita semua dah kena tipu" terkejutlah aku...memang aku tak pernah tahu pun sebelum ini. Seorang lagi rakan dalam group aku pun pernah terbaca kisah yang sama. Hubby terus warning aku..."jangan terpedaya dan jangan beli apa2 pun nanti. Mutiara yang beli kat Sabah dulu pun tak habis nak pakai" Aku pergi juga ke ruang pameran  dan jualan kerana nak lihat apa lagi tipu muslihat yang dibuat.

      Di bilik jualan yang esklusif itu kononnya, aku dapati harga set2 mutiara seperti gelang, rantai, cincin dan subang semuanya mencecah ribuan ringgit. Wow, mahalnya....betul ke ni...macam tak percaya je...sebab disign barang2 tu macam sama je dengan yang dijual di pasar2 malam di Sabah. Harga gelang mutiara yang ditunjukkan kepada kami 2280 yuan lebih kurang dalam RM1300. Anak tauke tu dengan baik hatinya menawarkan harga 400yuan = RM220 kepada kami. Semua staff yang ada di situ buat muka terkejut dan nampak takut2. Anak tauke tu kata kalau kami beli dengan staff di situ kami tidak akan dapat harga yang dia tawarkan itu. Disebabkan dia anak boss, hanya dia sahaja yang boleh beri harga itu. Ramailah yang rasa tawaran itu sangat lumayan. Aku dan kawan yang dah tahu cerita penipuan itu terus pergi dari situ. Tak tahulah siapa dalam group kami tu yang dah terkena.
Rasanya ada juga yang membeli...

Inilah rupa anak tauke pearl...cute lah jugak...


       Senangnya kita kena tipu...bila balik ke Malaysia aku carilah dalam blog kisah2 penipuan di Beijing. Memang betul..kebanyakan cerita hampir sama. Semua itu berlaku di govement shop yang kita wajib lawati. Lepas ini aku harus berhati-hati dan ceritakan pengalaman ini kepada sahabat atau saudara mara yang akan melancong ke Beijing. Sebelum pergi, bertanyalah atau bacalah cerita kawan-kawan kita kat blog supaya tidak tertipu dengan tempat2 jualan seperti ini. Banyak lagi yang aku akan ceritakan selepas ini...tunggu..



No comments:

Post a Comment