Pages

Total Pageviews

Saturday 7 June 2014

GREAT WALL

DAY 4 

26.03.14 (Rabu)

1.00 p.m.

        Usai menyaksikan pertunjukan akrobatik, kami terus dibawa ke sebuah restoran sudah tentulah Muslim restoran. Inilah satu-satunya restoran yang ada dan paling ramai pengunjung kerana terletak berhampiran dengan Great Wall. Memang besar restoran ini. Bahagian bawah adalah tempat jualan pelbagai cenderamata. Tapi satu barang pun aku tak beli sebab harganya sangat mahal. Di tingkat 2 dan 3 terletaknya restoran dan surau untuk kemudahan orang Muslim bersolat.


























        Dari restoran kami terus menuju ke tempat yang paling ingin aku lawati, salah satu keajaiban dunia. Sepanjang perjalanan, di kiri kanan jalan kelihatan ladang buah-buahan yang baru mengeluarkan tunas. Terdapat juga kawasan perkampungan yang didiami oleh golongan petani. Dalam pada itu, Saly memberi sedikit penerangan tentang Great Wall. Semua tertarik mendengar cerilta Saly tentang kisah Lagenda  Meng Jiang Nu. Secara ringkas beginilah lebih kurang kisahnya...
   "Kisah ini terjadi pada zaman Dinasty Qin. Meng Jiang ditemui oleh sepasang petani di dalam labu yang mereka tanam. Mereka memelihara Meng Jiang hingga menjadi perawan yang cantik. Kemudian beliau dikahwinkan dengan seorang pemuda yang melarikan diri ke kampungnya kerana tidak mahu menjadi buruh binaan Tembok Besar. Pada masa itu setiap keluarga mesti membenarkan anak-anak lelaki mereka bekerja membina Tembok Besar. Buruh binaan Tembok Besar tidak mungkin dapat pulang semula ke kampung halaman mereka. Mereka dipaksa bekerja dan berkubur di bawah Tembok Besar. Sebab itulah Tembok Besar juga dikenali sebagai Kubur terpanjang di dunia. Selepas berkahwin dengan Meng Jiang, pemuda itu akhirnya ditemui oleh askar-askar raja lalu dibawa secara paksa ke utara China untuk dijadikan buruh paksa. Tinggallah Meng Jiang dalam keadaan dukacita. Disebabkan masa itu musim sejuk, Meng Jiang yang sangat merindui suaminya telah menjahit baju tebal untuk suaminya. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke Utara China mencari suaminya. Setelah mengharung perjalanan yang penuh kesulitan, akhirnya dia sampai di kaki tembok besar. Dia bertanya kepada buruh-buruh di situ tentang suaminya. Rupanya suaminya telah terkorban. Merataplah Meng Jiang atas kematian suaminya hingga menyebabkan Tembok Besar runtuh. Berita keruntuhan TB diketahui oleh raja, maka dalam keadaan marah, raja telah pergi melawat ke kawasan runtuhan. Apabila melihat kecantikan Meng Jiang, raja tidak jadi nak menghukumnya. Raja mahu mengahwini Meng Jiang. Meng Jiang mengenakan 3 syarat kepada raja sebelum berkahwin dengannya. Syarat pertama: Raja mesti menemukan mayat suaminya. Syarat kedua: Raja mesti mengadakan istiadat pemakaman kenegaraan kepada mayat suaminya. Syarat ketiga: raja mesti memakai tanda hitam di lengan sebagai tanda berkabung dan menghadiri upacara pemakaman secara peribadi. Setelah ketiga-tiga syarat itu dipenuhi, raja membawa Meng Jiang pulang ke istana untuk dikahwini. Tetapi sebelum sampai ke istana, Meng Jiang telah terjun ke laut Bohai. Terkuburlah hasrat raja bersama jasad Meng Jiang. Untuk mengenang jasa Meng Jiang, terbinalah sebuah Kuil  bernama Kuil Jiangnu beserta patungnya di kaki Tembok Besar dan cerita ini telah diwariskan dari generasi ke generasi."
      Begitulah kisah lagenda Meng Jiangnu yang diceritakan oleh Saly kepada kami. Menurut Saly semua murid sekolah di China mengetahui cerita lagenda ini kerana mereka memiliki buku lagenda ini. Mungkin cerita ini ala-ala Puteri Gunung Ledang dalam Hikayat Hang Tuah. Kesimpulan kepada kisah Meng Jiang ini juga menunjukkan kezaliman sistem pemerintahan raja ketika itu.

        Semakin hampir ke kaki Tembok Besar, semakin teruja hatiku. Dapat kah aku mendaki sebagaimana mereka yang aku lihat sayup dari bawah. Dari tempat parking, kami berjalan kaki ke pintu gerbang TB. Aku, hubby dan Fifi terus mendaki hingga ke tembok pertama. Di sini terdapat gerai-gerai menjual cenderamata dan perkhidmatan mengambil gambar. Dari sinilah juga pendakian sebenar bermula. Tangganya walaupun lebar ketapi sungguh curam. Rasanya mendaki lebih mudah dari menuruninya.

sahabat2 Kembara Sufi  sebelum mendaki TB.
Dalam usaha mendaki ke tingkat ke dua.
Mengkagumkan... pak cik ni boleh mendaki hingga ke tembok ke 3.
Gerai yang menjual sijil dan medal kejayaan mendaki TB. Pengiktirafan utk diri sendiri.

Pemandangan dari tembok peninjau. Perkampungan di kaki gunung.

Menuruni tangga yang curam dan jarak yang tinggi antara anak2 tangga.

20 yuan bayaran untuk menunggang unta/lima

tembok peninjau


pokok2 yang lebat berbunga, sungguh mempersona

Tembok di sebelah kanan pintu masuk. Kami tidak mendaki tembok ini.

menuruni tangga yg curam dan tinggi.
jumpa lagi dgn pak cik ni di bawah...berbual dgn hubby mcm ayam dan itik

Hubby dan Fifi
        Pengalaman mendaki TB memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tak sangka juga kami 3 beranak berjaya mendaki hingga ke tingkat/tembok ke 3. Sampai di tingkat ini sahaja dibenarkan pengunjung mendaki, seterusnya jalan ditutup. Di setiap tingkat terdapat gerai2 yang menjual cenderamata serta sijil dan medal. Pada sijil dan medal tu kita boleh sertakan dengan gambar dan nama yang menunjukkan kita telah berjaya mendaki TB. Tetapi kami tidak membeli pun sijil atau medal tu. Rasa menyesal pulak..tak tahulah bila pula kami akan sampai lagi ke sini. Bila difikirkan balik, aku memang tak sangka yang aku telah berjaya mendaki dan turun  dari TB tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah...kaki dan lutut pun tidak sakit. Berbeza jika dibandingkan dengan di sekolah, mendaki tangga hingga tingkat 3 pun aku dah semput.. Mungkin juga disebabkan faktor cuaca. Cuaca yang sejuk menyebabkan kita tidak cepat penat dan badan pun tidak berpeluh. 

      Dalam perjalanan balik, kami dibawa melawat ke Burning Cream Center. Kami diberi penerangan tentang ubat-ubatan herba dan keberkesanan burning cream. Di sini juga merupakan salah satu goverment shop yang mesti dilawati oleh pelancong. Alhamdulillah..kami tidak dipaksa untuk membeli ubat-ubatan di sini. Selepas itu kami menuju ke pusat bandar untuk makan malam dan seterusnya merehatkan diri di hotel.

        Alhamdulillah...lawatan hari ini banyak memberi keinsafan dan menunjukkan kebesaran Allah swt..Allah mencipta batu-batuan yang bernilai seperti jade dan crystal untuk manusia memanafaatkannya. Tumbuh-tumbuhan herba pula untuk mengubati penyakit. Allah menjadikan manusia dan dikurniakan dengan akal dan fikiran untuk membina kehidupan di dunia fana ini. Terbinanya TB menunjukkan ketamadunan rakyat China dan yang lebih utama lagi adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah yang ditunjukkan kepada manusia di muka bumi ini. Kepandaian dan kebijaksanaan orang-orang China membina TB tidak dapat menandingi kepandaian dan kebujaksanaan Allah yang Maha Esa. Subhanallah... 

No comments:

Post a Comment