Pages

Total Pageviews

Wednesday 27 May 2015

KOREA PART 2 - FLYING TO SONATA LAND

DAY 1
4th Dec 2014 (Thursday)
ANCHION INTERNATIONAL AIRPORT

Dalam flight, aku dan hubby duduk di seat paling belakang...bahagian ekorlah tu...
Sepanjang penerbangan aku tidak dapat melelapkan mata dengan tenang...jeles pulak aku tengok hubby, lenanya dia...kadang-kadang terkeluar juga dengkuran kecilnya.
Macam manalah aku nak tidur lena...setiap kali orang masuk toilet, aku mesti terjaga setiap kali bunyi pintu ditutup dan bunyi toilet diflash...aduhai...terasa lama betul penerbangan ini...suasana gelap di luar sana membuatkan aku terasa rimas...macam-macam perkara berlegar dalam kepalaku ini...

Apabila kapten Air Asia mengumumkan yang kami akan mendarat dalam masa beberapa minit lagi, aku lihat suasana di luar sudah terang-benderang. Jam menunjukkan hampir ke angka 7a.m waktu Malaysia. Waktu Korea awal sejam dari Malaysia. Suhu di luar sana -ve 6 darjah celcius.
Suasana di luar yang terang, menampakkan bentuk muka bumi Korea. Jelas kelihatan kawasan tanah tinggi yang berbukit-bukau dan yang paling menakjubkan salji yang memutih melitupi permukaan bumi. Ya Allah...indahnya alam ciptaanMu....

Setelah hampir 6 jam terbang di angkasa, akhirnya kami mendarat dengan selamat di Anchion International Airport. Kami menaiki train untuk ke arrival hall. Sambil tu sempat lagi berwhatsapp memberitahu yang kami dah selamat sampai.

Anchion International Airpot

menunggu train untuk ke arrival hall

Masuk je ke arrival hall, dari jauh kami sudah nampak seorang wanita bersama seorang pemuda melayu, memegang sehelai kertas tertulis MUSLIM BUD. 
Kami menghampiri mereka. Pemuda itu mengucapkan selamat datang kepada kami dan memperkenalkan diri sebaga Saddam. Oooo...inilah dia Saddam student Malaysia di Korea yang membuat part time dengan membuka agensi pelancongan untuk rakyat Malaysia.
Wanita bersamanya dikenali sebagai Nina yang akan bersama kami sepanjang 5 hari di Korea.
Nina fasih berbahasa Inggeris slang Korea. Dia mengarahkan kami supaya menukar pakaian yang sesuai kerana suhu di luar terlalu sejuk.

Setelah selesai semua, kami di bawa keluar dari airport menuju bas yang sedia menunggu kami.
Ya Allah...sekali lagi aku terpegun...aku lihat salji yang memutih di atas jalan dan juga yang berterbangan seolah-olah menyambut kedatangan kami di bumi Sonata. Kedinginan terasa membekukan jari-jemariku...namun masih terpegun dengan kebesaran Allah.  Subhanallah......
Inilah pertama kali dalam hidup aku melihat salji secara real. Memang ini bukan mimpi tapi reality.

Walaupun kami hanya 14 orang tapi dibawa dengan bas yang boleh memuatkan 40 orang.
Bermulalah lawatan kami di bumi Korea. Kami menuju ke tempat yang diimpikan oleh semua orang yang meminati drama Korea sedikit masa dahulu....apa lagi...kalau bukan WINTER SONATA.
Perjalanan ke Nami Island memakan masa 2 jam.
Nina memberi sedikit penerangan tentang aktiviti kami hari pertama ini.
Dia faham kami keletihan dan ada yang sudah berdengkur. Masing-masing melayan perasaan..aku kadang-kadang terlelap juga.
Dalam bas menuju Nami Island

ahli termuda dalam group kami.



Aku akan sambung lagi selepas ini..nak tidur dulu..
Good nght..
 

No comments:

Post a Comment