Pages

Total Pageviews

Wednesday 27 May 2015

KOREA PART 1

1 Day Before
3 Dec 2014 (Wednesday)

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Sebelum tu, 2nd Dec hubby pulang dari Tokyo.
Hubby stay di KL sementara menunggu aku sampai dari rumah kami.
3rd Dec aku bertolak ke KL dengan bas Transnational. Anak-anak tinggal di rumah mak.
Kereta hubby tinggalkan dengan anak sulungku sebelum dia ke Jepun tempoh hari.

Lebih kurang pukul 5.30 p.m aku sampai di TBS. Anak sulungku juga turut menungguku di TBS.
Dari jauh dah nampak my hubby tersengih...rindulah tu...aku pun rindu juga...gila kalau tak rindu..10 hari tak jumpa...ngeh..ngeh..ngeh... Bersalam, peluk...muah..muah...biarlah orang nak tengok pun..bukan suami orang lain kan..suami sendiri....

Sementara menunggu anak kedua datang, aku dengan anak sulung yang kami panggil abang naik ke food court untuk mengalas perut. Minum..makan sikit-sikit, kemudian turun semula ke ruang menunggu. Anak kedua yang kami panggil adik sudah sampai.
Di ruang menunggu, kami berempat berbual dan mendengar cerita hubby tentang pengalamannya di Jepun sambil menunjukkan gambar-gambarnya di sana. Hubby juga membeli sedikit buah tangan untuk kami. Tak boleh nak shopping katanya...harga Yen Jepun mahal. MYR kita pula jatuh.
Semua beg yang hubby bawa ditinggalkan dengan abang. Hubby cuma membawa jaketnya sahaja sebab semua pakaian ke Korea aku dah bawa bersama dalam luggeg aku.


Setelah hari hampir senja, kami berpisah mengikut haluan masing-masing.
Abang ke Cheras, adik ke Bangi, aku dan hubby pula ke KLIA 2 dengan menaiki bas dari TBS.
Jam 8p.m kami sampai di KLIA 2. Flight kami jam 1a.m. Lama lagi tu...
Apa-apa pun, solat dulu...selepas solat kami mengisi perut yang dah berkeroncong sejak tadi.
Tapi selera makan macam ternbantut...hubby kata sebab aku teruja sangat nak ke Korea...yelah tu..
Kami makan di Papa Rich. Kami hanya makan bubur ayam. Sambil tu layan cerita hubby lagi sementara menunggu untuk check in.

Jam 10p.m, kami mula menunggu kedatangan wakil agensi yang menguruskan perjalanan kami.
Setelah urusan check in selesai, kami diberikan sedikit penerangan dan segala dokumen perjalanan diserahkan kepada kami. Rupanya rombongan kami hanya 14 orang sahaja.
Jam 11p.m, kami masuk ke departure hall. Ada 2jam lagi masa untuk fly. Sambil menunggu gate di buka, sempat layan WhatApp dan charge handphone. Hubby sempat juga terlelap di sebelahku.

Apabila gate dibuka, kami mula melangkah ke laluan menuju flight yang telah sedia menunggu kami. Bismillah........Subhanallazi saharalana haza wama kunna lahu mukrinin wainna ilairobbina lamunkalibun......Ya Allah....selamatkanlah perjalanan kami.
Selamat tinggal bumi tercinta buat sementara waktu. Tak lama pun...5 hari aje....bye...bye...semua..









 
 

No comments:

Post a Comment