Pages

Total Pageviews

Friday 29 May 2015

KOREA PART 6 - EVERLAND

Day 2
5th Dec 2014 (Friday)
Everland, Kedinginan dan Kebekuan

Aku sambung semula cerita semalam.
Selesai urusan check out, kami terus bertolak ke Everland Theme Park.
Dalam perjalanan kami diberi sepeket lagi makanan..sebiji pisang, 2 biji telur, sandwich dan air soya untuk lunch. Kalau tiap-tiap hari macam ni...boleh kurus aku...
Sampai di Everland, kami santap jelah ala kadar bekalan kami tadi.
Hari ini aku rasa cuaca sangat sejuk. Baju tebal yang aku pakai macam tak mampu untuk memanaskan badanku. Jari-jemari terasa membeku. begitu juga kakiku...kasut yang aku pakai juga tak cukup tebal...rasa macam memijak di atas ais je...aduh...boleh beku aku dibuatnya.
Masa ini aku terbayangkan betapa nikmatnya kalau dapat merasakan kepanasan dan kehangatan.
Memang aku tak tahan kalau berterusan begini.
Semua kawasan ditupi salji. Sejuk hingga ke tulang..

Nina menguruskan tiket masuk kami.
Dia meminta kami berkumpul semula di hadapan pintu masuk jam 7.00 p.m.
Sebelum menjelajah ke taman tema ini, Nina menunjukkan kami tempat untuk Muslim bersolat.
Mujurlah group kami ni tak ramai, so mudahlah Nina menguruskan kami.
Sampai di Musolla..pintu telah dikunci. Nina bertanya kepada guard di situ.
Kami dibenarkan masuk. Alhamdulillah....
Ruang untuk solat tidaklah besar, hanya seluas bilik tidur di rumah aku je..12x10 meter persegi.
So, kami terpaksa bergilir-gilir. Beri peluang kepada kaum bapa dahulu.
Tapi untuk berwuduk tidak disediakan water heater.
Buka je paip....mahu menjerit rasanya...airnya teramatlah sejuk...
Berlaga gigi atas dan bawah...menggigil...
Kalau tak kuat iman...memang tak bersolatlah kami..baru diuji dengan kesejukan dah tak mampu..macam manalah nak menempuh ujian yang lebih besar lagi...
Astaghfirullah...semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kami.

Alhamdulillah...selesai juga solat jamak asar dan zuhur kami. Tika itu dah masuk waktu Asar.
Kami meneruskan lagi penjelajahan kami di sini.
Walaupun dalam musim winter, tapi pengunjung tetap ramai.
Kawasannya sangat luas...memang tak cukup sehari di sini.
Nina membawa kami ke Safari Park.
Tika beratur masuk, aku teringatkan Running Man...kerana Running Man pernah shooting di sini.

Kami di bawa menjelajah di dalam Safari dengan kenderaan khas seperti bas.
Kami dapat melihat binatang yang dilepaskan dengan lebih dekat.
Seekor beruang yang telah dilatih, memahami arahan sangat menghiburkan.
Di sini tidak banyak gambar yang dapat diambil kerana susah untuk mengambil gambar menggunakan hp dengan tangan yang memakai glove.
Kalau dibuka macam nak beku rasanya.
Memang aku hilang mood untuk bergambar, hubby pula tidak sihat.
Aku hanya membuat rakaman video sahaja. Tapi sayangnya rakaman video itu tidak dpt diuploadkan di sini atas sebab-sebab peribadi. Maaf semua...


Disebabkab terlalu sejuk, aku dan hubby mengambil keputusan untuk masuk ke dalam restoran berdekatan sementara menunggu Nina dan yang lain.
Kami memesan kopi panas.
Alhamdulillah..barulah terasa kehangatannya...

Setelah semua berkumpul, kami keluar dari situ menuju ke bas yang setia menunggu.
Rasa tak sabar untuk sampai ke hotel.
Dalam bas, hubby masih menggigil kesejukan.
Aku rasa badannya panas...demamnya menjadi semula..kesiannya suamiku...

Sebelum ke hotel, kami singgah di sebuah restoran Siam.
Barulah dapat merasa masakan sperti di Malaysia.
Mula merindui masakan melayu....
Hubby macam tak berselera...sikit je yang dijamahnya..risau aku dibuatnya.
Nak amik gambar pun dah takde mood. Bateri Hp pun dah weak...power bank dalam beg besar. 

Sampai di hotel, (MATE HOTEL) aku dan hubby di tempatkan di tingkat 3 bilik 307.
Masuk ke bilik, aku terpegun melihat kelengkapan yang disediakan.
Walaupun bukan 5 stars, tapi cukup memuaskan.
Tak sabar nak ke toilet, sbb dari dalam bas aku menahan perut yang tak berapa selesa.
Hubby terus makan ubat dan berselimut atas katil, tidak menghiraukan aku lagi...cuma berpesan supaya mengejutkannya untuk solat sebelum aku tidur nanti.
Aduhai...begini jadinya honeymoon kami...
Kita mampu merancang, Allah menentukan segalanya.
Moga hubby akan sembuh seperti biasa.
Esok, banyak lagi tempat yang akan kami lawati.

Oklah..aku akan sambung lagi cerita dalam Korea Part 7 nanti.

No comments:

Post a Comment