Pages

Total Pageviews

Tuesday 13 May 2014

URUT KAKI

4.30 P.M

      Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, aku dan hubby sempatlah jalan2 di sekitar kawasan berhampiran Dr Tea yang dikenali sebagai China Town. Ingatkan di Malaysia je ada Ghina Town...tak tahulah kenapa...nanti gogglelah sendiri ek...Sempatlah kami berpossing dan berselfie...

    Setelah semuanya menaiki bas, kami terus dibawa ke perkampungan olimpik. Tujuannya bukan untuk melawat perkampungan sukan tapi untuk urut kaki kata Salyna. Ini adalah tempat ke tiga yang kami pergi untuk memenuhi tantatif lawatan yang dimestikan atau dikenali sebagai Goverment Store. Sampai di situ kami dibawa masuk ke sebuah bangunan. Menurut Saly, bangunan itu merupakan pusat rawatan untuk atlit2 semasa sukan olimpik dahulu. Bangga juga rasa apabila nampak bendera Malaysia antara bendera-bendera negara lain seluruh dunia yang menyertai olimpik Beijing pada 2008. 

     Kami dibawa masuk ke sebuah bilik. Kami lihat pekerja2 sedang sibuk membawa bekas air seperti besen keluar masuk dari setiap bilik. Setelah beberapa minit berlalu, masuk seorang wanita memperkenalkan dirinya dalam bahasa Indonesia. Menurutnya dia berdarah campuran China+Indon. Bukan main ramah lagi dia bercerita. Tidak lama kemudian masuklah petugas2 yang membawa besen2 air panas untuk rendaman kaki. Di dalam air panas itu terdapat satu uncang herba seakan-akan air teh. Pada mulanya kami langsung tak boleh nak rendam kaki sebab air terlalu panas. Caranya masukkan kaki seketika kemudian angkat dan masukkan lagi sehinggalah kepanasan air itu berkurangan. Nyonya Indon tu memberitahu kami air rendaman kaki itu akan bertukar warna daripada jernih kepada keruh. Itu menandakan toksid keluar dari tapak kaki kami. Sambil merendam kaki, nyonya tu memperkenalkan beberapa jenis ubatan herba. Antaranya ubat yang diperbuat daripada pokok jarum emas dan cendawan (lupa apa namanya). Kata-kata nyonya itu yang tak akan aku lupa lebih kurang begini "bapak dan ibu datang ke Beijing membawa segala macam penyakit. Tinggalkan semua penyakit kamu semua di sini dan pulang ke Malaysia dengan badan yang sihat." Amboi...sedapnya mulut dia...macamlah orang Malaysia ni banyak penyakit....tahulah, dia nak jual ubat...aduhai...macam-macam cara nak melariskan jualan....

      Habis cerita pasal rendam kaki, kemudian masuk pula beberapa orang lelaki dan perempuan untuk mengurut kaki kami. Maka bermulalah sesi mengurut. Urutan yang dibuat kira biasa-biasa je..tidaklah sehebat mana sekadar untuk memenuhi acara. Selepas itu, nyonya tu meminta kami memberi sedikit upah kepada tukang-tukang urut tadi." Laa...kata tadi percuma...Aku dengan rasa kurang senang mengeluarkan 20yuan, 10yuan untuk lelaki yang urut kaki hubby dan 10yuan lagi untuk wanita yang urut kakiku. 

     Beberapa minit selepas sesi urut kaki selesai, masuk pula beberapa orang yang kononnya profesor yang pakar dalam bidang refleksologi. Dia mula membelek tapak tangan hubby. Macam2 penyakitlah dikaitkan. Lepas tu dia mencadangkan pula ubat yang sesuai dengan hubby. Hubbyku buat bodo je...Lepas tu giliran aku pula. Seperti yang dijangka, aku juga ada penyakit. Penyakit yang disebut tu tepat pulak...memanglah aku ada athma..tapi bukanlah teruk sangat. Dia pun mengesyorkan aku supaya mengambil 3 kotak ubat daripada cendawan tu...Tahu tak berapa harga ubat tu? Macam tak percaya... 600yuan sekotak. Dalam kotak tu hanya ada sebotol ubat dalam bentuk kapsul. Dalam botol tu pula hanya ada 60 biji kapsul untuk makan sebulan. Giler betul...Lepas perempuan yang bergelar profesor tu keluar, nyonya tadi mulalah berkempen. Katanya bukan paksaan tapi cara dia bercakap tu memang memaksa kami supaya membeli ubat tu. Pelbagai cara dia memujuk aku...akhirnya tewas juga aku...dari harga 600yuan, dia menawarkan harga yang lebih murah kepada aku dan sanggup menerima bayaran dalam RM. Macam orang bodo je aku mengeluarkan RM150 untuk sekotak ubat yang betul ke tidak keberkesanannya. Tertipu lagi aku......hubby tidak pula melarang. Tapi masa dalam bas mulalah dia memberi tazkirah...aku hanya mampu berdiam diri sahaja. Memang betul kata hubby, ubat tu sampai sekarang aku tak makan pun. Mula2 tu aku ambillah juga dalam masa beberapa hari...lepas tu rasa takut pula apabila terfikir ubat tu dibuat di China, sudah tentulah tiada pengesahah daripada KKM. Begitulah kisah URUT KAKI di Beijing.

*Semoga kisahku ini dapat menjadi panduan kepada sesiapa yang akan melawat ke Beijing. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang diberikan. 

No comments:

Post a Comment