Pages

Total Pageviews

Monday 5 May 2014

NAN DOU YA MOSQUE

25.03.14 (2.00 P.M)

      Usai makan tengah hari kami terus menaiki bas untuk ke masjid bersolat. Kami dibawa Masjid Nan Dou Ya. Masjid ini terletak berhampiran jalan utama. Bangunan masjid tidak banyak berbeza dari ssegi seni binanya daripada bangunan-bangunan lama yang lain. Tidak seperti masjid-masjid di Malaysia yang mempunyai kawasan yang luas siap dengan tempat parking. Di sini kawasannya agak terhad. 

       Melangkah masuk ke dalam bangunan masjid, terdapat sebuah bilik menjual cenderamata dan makanan ringan air tangan muslimat di sini. Di hadapan bilik ini terdapat sebuah bilik lagi yang aku agak bilik petugas-petugas masjid. Berjalan terus ke hadapan terdapat sebuah peti derma yang diletakkan di tengah-tengah ruang antara jalan masuk ke ruang solat lelaki dan ruang solat wanita. Bilik wuduk dan bilik air/tandas juga berasingan. Aku tidak berpeluang untuk ke ruang solat kerana keuzuran. Nampaknya sepanjang berada di Beijing ini aku tidak dapat peluang untuk menunaikan solat di mana-mana masjid. Hanya berlegar-legar di kawasan luar ruang solat sahaja. 
Seni bina bahagian siling masjid.

      Sementara menunggu yang lain solat, sempatlah aku melihat barang-barang yang dijual di kedai cenderahati. Tetapi tiada satu barang pun yang aku beli. Di tepi jalan pula seperti biasa ramai penjaja-penjaja yang sudah menunggu kami. Ada yang menjual beg, T-shirt, jam tangan, makanan dan lain-lain lagi. Ramai jugalah antara kami yang membeli. Aku tertarik kepada beg kain yang ditawarkan kepadaku pada mulanya 4 buah dengan harga 100yuan. Aku cuba meminta 6 buah beg dengan harga yang sama. Tak sangka pula, tanpa banyak soal jawab penjaja itu terus memberi beg itu kepadaku. Aduh...menyesal pulak tak minta 10 tadi. Tanpa berlengah lagi aku terus naik ke dalam bas bimbang terbeli pula benda lain. Sabar...masih ada 3 hari lagi. Hubbyku sempat juga membeli songkok buatan tangan di kedai cenderamata dan jam tangan yang dijual oleh penjaja di tepi jalan. Harganya sangat murah...tapi tak tahulah..kualitinya macam mana...Bas terus membawa kami ke destinasi seterusnya...

     ALHAMDULILLAH...masih diberi kesempatan melihat ragam manusia sebagai cermin diri agar menjadi insan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment