Pages

Total Pageviews

Thursday 12 December 2013

LANGKAWI 2

DAY 1

KILIM GEOFOREST PARK

                   Assalam....Lawatan ke 2 kami pada hari pertama ini ialah Kilim Geoforest Park. Dari Dataran Lang kami terus dibawa ke jeti Sungai Kilim. Dalam perjalanan pemandu pelancong kami bercerita dan menerangkan tentang Kilim Geoforest Park. Sampai di jeti, kami menaiki bot dengan bayaran RM25 seorang. Sebuah bot boleh memuatkan 8 orang penumpang. Kali ini semua ahli rombongan menyertai lawatan ke 2 ini. Mak dan mak busu ikut juga. Ramai yang sukarela memimpin semasa menaiki bot dan naik semula ke jeti. Terima kasih semua.

             Dari jeti kami dibawa ke tempat burung helang. Kami amat bertuah kerana menaiki bot yang sama dengan pemandu pelancong kami yang begitu peramah dan mesra. Kami diberi penerangan tentang burung helang sambil melihat burung helang yang bertebangan mencari makan di permukaan air. Sungguh menakjubkan.



Pulau Kasut Laut Andaman
Rock man
   Kalau diamati betul-betul, batu ini kelihatan seperti muka orang. Pemandu pelancong yang membawa kami tu kata kalau tak nampak tandanya dia.....macam yang PRamli kata dalam cerita Nujum Pak Belalang....haaa...jawablah sendiri.

            Seterusnya kami dibawa melawat Sangkar Ikan. Seronok betul melihat ikan pari yang jinak, ikan sumpit yang pandai menyumpit air dan macam-macam ikan lagi juga belangkas pun ada.


anakku dan belangkas.
Gua Kelawar
monyet yang jinak nak mengendeng beg pelawat..     
mak dan mak busu, mereka tak masuk pun Gua Kelawar, tunggu dalam bot je..
            Tamatlah lawatan untuk hari ini. Dari sini kami dibawa kesebuah restoran untuk makan tengah hari. Ramainya pelanggan...tapi puas hatilah macam-macam lauk ada. Ramai yang mencuba kerabu bronok yang dipromot oleh pemandu pelancong kami. Entahlah sedap ke tidak sebab aku tak terasa pun nak mencuba kerana rasa semacam je bila tahu bronok tu ialah spesis gamat. 

                 Dari sini kami terus dibawa ke tempat penginapan kami di SINARAN MOTEL. Sinaran Motel ini terletak berhadapan dengan Hotel dan Kompleks Haji Ismail Group. Melintas jalan je dah boleh bershopping sakan. Di bawah motel ini pula terdapat pasaraya juga menjual beranika barang. Kalau malas nak berjalan jauh, shopping je lah di bawah ni. Kedai makan pun ada di bawah berhampiran motel, boleh jerit je dari atas kalau nak pesan makanan...tapi tak kan lah nak menjerit pulak kan...

                  Petang ni aktiviti bebas...masuk bilik nampak katil badan terus jadi letih. Apa lagi, tidurlah aktiviti kami petang ini. Namun begitu kami dah berjanji nak keluar shopping ke Kompleks Haji Ismail Group jam 5.30 petang nanti. Ok...sambung lagi nanti....bye...mata dah tak boleh celik...

No comments:

Post a Comment