Pages

Total Pageviews

Thursday 12 December 2013

PERSARAAN

BERSARANYA SEORANG GURU CEMERLANG

 23/10/13 (SELASA)

                Hari ini aku menghadiri majlis persaraan Cikgu A Rahim di SK Pianggu. Aku dan semua bekas guru SEKOP  yang pernah berkhidmat bersama cikgu Rahim dijemput ke majlis ini. Tetapi tak ramai bekas guru SEKOP yang dapat hadir kerana tugas masing-masing yang tidak mengizinkan. Aku pun hadir sudah dipenghujung majlis. Tak sempat nak tengok persembahan daripada guru-guru dan murid-murid. Banyaknya hadiah yang cikgu Rahim dapat daripada guru-guru dan murid-murid. 
     
                 Cikgu Rahim telah berkhidmat di SEKOP selama 22 tahun bermula 1 Dis 1991. Setahun je beza daripada aku. Aku posting di SEKOP pd 1 Dis 1992. Aku berkhidmat di sana sehingga Dis 2009. Cikgu Rahim seorang guru Matematik yang sangat dedikasi, tak hairanlah mengapa beliau mendapat anugerah guru cemerlang. Beliau banyak menghasilkan modul Matematik yang sangat berkesan terutama untuk murid-murid lemah dan pemulihan. Aku juga banyak belajar daripada beliau semasa bertugas di sekolah yang sama dulu. Tanyalah bekas murid-muridnya yang telah berjaya, semua mengkagumi beliau dan sangat berterima kasih kerana berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang. Kalau nak cerita tentang jasa-jasa beliau di SEKOP memang tak habis.

               Persaraan beliau diraikan dalam suasana yang meriah dah penuh syahdu. Cikgu Rahim kelihatan seperti seorang pahlawan melayu atau pengantin yang sedang menunggu kehadiran pengantin perempuan. Ramai yang menitiskan air mata kerana selepas ini tiada lagi khidmat beliau di sini. Lambaian terakhir daripada seorang wira membuatkan hati menjadi sebak. Selamat bersara cikgu Rahim. Jasamu sentiasa dalam ingatan kami semua. Terima kasih tidak terhingga buatmu.


               
                         














No comments:

Post a Comment