Pages

Total Pageviews

Thursday 12 December 2013

LANGKAWI 1

DAY 1

17/11/13

DATARAN LANG

                Assalam...hari ini hari pertama menjejakkan kaki di Pulau Lagenda. Ini adalah kali ke 3 aku ke sini. Kali pertama mengikut kawan pulang ke Kedah pada Nov 1993 (dah tak ingat tarikhnya). Kali kedua bersama family pada 22 Dis 2008. Hari ini pula mengikuti rombongan "Cik Kiah" bersama KGKT SEKOP. Aku membawa bersama 2 orang anak, emak dan ibu saudaraku. Kami bertolak dari Tg Gemok pada jam 3.00 petang semalam (16/11/13) terus ke Kuala Perlis. Sampai di Kuala Perlis jam 3.45 pagi. Terus ke masjid merihatkan diri dan bersolat subuh sebelum bersarapan dan menaiki feri jam 8.15 pagi.

          Sampai di jeti, kami terus menuju ke bas yang telah sedia menunggu kami. Beg-beg kami telah diuruskan oleh Al-Husnan Enterprise syarikat pelancongan yang bertanggung jawab menguruskan lawatan kami di sini. Kami terus dibawa melawat ke Dataran Lang. Ini kali pertama aku ke sini. Puas juga menapak kerana bas hanya boleh parking di luar kawasan. Emak dan mak busu hanya menunggu di dalam bas kerana tidak larat berjalan. 

Pokok kelapa bercabang. Kebesaran Allah...
       Di kawasan inilah bas kami diparking sementara menunggu kami ke Dataran Lang.


          
                 Dataran Lang ialah mercu tanda yang paling jelas kelihatan oleh pelawat yang datang melalui jalan laut. Terletak berhampiran Jeti Kuah, tarikan utama di dataran ini ialah patung seekor helang yang bersedia untuk terbang. Mengikut cerita lama, Langkawi memperolehi namanya daripada helang. Dalam Bahasa Melayu Lama, kawi bermaksud perang kemerahan, oleh itu, Langkawi bermaksud ‘Helang perang kemerahan'. Dataran ini dilanskap indah dan mempunyai kolam, jambatan, teres tertutup, restoran dan "barrel vault" yang dibuat daripada batu-bata. Dataran ini diterangi dengan indah pada waktu malam dan mempersembahkan permandangan yang indah apabila anda menuju ke pulau pada waktu malam.


No comments:

Post a Comment