Pages

Total Pageviews

Tuesday 15 April 2014

1st LUNCH IN BEIJING

DAY 2

24 Mac 2014 (Isnin = 10.30 am)

     Waktu di Beijing sama dengan waktu di Malaysia kita. Tetapi fajar/subuh lebih awal (4.45 a.m). Seperti biasa, alarm hpku berbunyi tepat jam 5.00 a.m. Aku mengejutkan hubby untuk solat subuh. Lepas tu kami sambung tidur semula memandangkan jadual lawatan kami bermula 10.30 a.m. Breakfast di hotel bermula jam 6.30 a.m hingga 9.30 a.m. Aku tidak turun breakfast pagi ini kerana belum puas merehatkan diri. Hubby dan Fifi mengambil kesempatan bersiar-siar di kawasan hotel sementara menunggu waktu lawatan.
Di hadapan hotel sebelum memulakan lawatan.
     Setelah bersiap-siap, tepat waktu yang dijanjikan kami semua menaiki bas. Tempat pertama yang kami tuju adalah restoran muslim yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari hotel. Kami makan tengah hari terlebih dahulu kemudian bersolat  jamak Zuhur dan Asar. Sebaik sampai di restoran, makanan telah terhidang di atas 3 buah meja bulat. Tidak banyak beza makanan yang dihidangkan dengan makanan kita di Malaysia. Cuma hidangannya lebih kepada sayur-sayuran dan nasi yang seakan-akan pulut. Untuk kali pertama kali lunch di Beijing aku rasa boleh tahan jugalah...tidaklah seteruk yang disangka. Hubbyku makan ikan yang ala-ala 3 rasa tu sampai tinggal tulang. Menangis kucing kalau tengok... 
Hidangan lunch pertama kami.


Tengok tu tinggal tulang aje..

      Di hadapan restoran terdapat penjaja yang menjual sejenis snack seakan-akan 'bepang' yang sangat lazat. Paling istimewa, kami dapat makan dengan percuma. Penjaja tersebut tidak putus-putus berkata "mari..rasa-rasa...halal". Wajah penjaja itu mirip-mirip Pakistan. Menurut Miss Saly, orang China yang berasal dari negeri yang bersempadan dengan Pakistan, wajah mereka cantik dan kacak seperti penjaja itu. 
Mereka juga beragama Islam.
Di belakang tu abang 'rasa-rasa' yang handsome.

Baru je sehari dah shopping??

Alhamdulillah...terima kasih Allah atas nikmat yang Engkau kurniakan.

     

No comments:

Post a Comment