Pages

Total Pageviews

Friday 11 April 2014

GOOD MORNING BEIJING

DAY 2

24 Mac 2014 (Isnin = 1.00 am)

     Hampir 6 jam dalam flight, akhirnya kami selamat sampai di Beijing International Airport. Kami sampai 20 minit awal daripada waktu sebenar. Alhamdulillah...penerbangan kami berjalan lancar, tiada sebarang kesulitan yang berlaku. Semua penumpang melangkah keluar ke Terminal 2 dengan penuh kesyukuran dan perasaan yang sukar untuk digambarkan. 

     Setelah urusan pasport dan bagasi selesai, kami menuju ke arrival hall. Seorang wanita (tourist guide) telah menunggu kami bersama sehelai kertas A4 yang tertulis KEMBARA SUFI. Ingatkan ustaz Faiz yang menunggu kami, tapi beliau menghantar guide untuk menjemput kami. Beliau menunggu di hotel. Wanita itu memperkenalkan dirinya kepada kami. Namanya Salyna dan akan menjadi guide kami sepanjang berada di Beijing. Dia fasih berbahasa Indonesia, sikit-sikit bahasa Melayu dan Enggeris. Sebelum melangkah keluar terminal, dia mengira jumlah kami yang seramai 31 orang. Bimbang juga kalau-kalau ada yang tertinggal di runag bagasi.

     Sebaik sahaja keluar dari terminal menuju bas yang menunggu kami, terasa udara yang sejuk menerpa ke muka kami. "Wow....sejuknya.." kata anakku Fifi. Memang sejuk, suhu dalam 5 hingga 10 darjah Celcius. Suhu aircond di rumah pun paling sejuk 16 darjah celcius. Inilah kali pertama aku dan yang tak pernah ke luar negara merasa kesejukan negara yang mengalami cuaca 4 musim. Sekarang China (Beijing) baru masuk musim bunga selepas musim sejuk yang baru sahaja berakhir. 

BEIJING INTERNATIONAL AIRPORT
      
      Di dalam bas, Salyna memberikan sedikit penerangan tentang Airport dan jalan yang kami lalui menuju ke hotel. Suhu di dalam bas menunjukkan 12darjah celcius. Perjalanan dari airport ke hotel memakan masa hampir 1 jam. Samalah macam dari KL ke KLIA. Dalam kesamaran malam/pagi, aku sempat juga melihat suasana di sepanjang jalan. Sepanjang jalan hanya deretan bangunan yang sederhana tinggi dan pokok-pokok yang hanya tinggal ranting-ranting sahaja seolah-olah pokok mati. Pokok-pokok itu masih belum mengeluarkan daun kerana cuaca masih sejuk.
SALYNA OUR TOURIST GUIDE

       Hampir jam 2.30 pagi, rombongan kami selamat sampai di Winterless Hotel Beijing. Ustaz Faiz menyambut ketibaan kami. Masih muda lagi orangnya, masih jejaka...aku bayangkan sebelum ini ustaz Faiz ni sebaya hubby aku..Setelah urusan kemasukan ke hotel selesai, kami semua ke bilik masing-masing. Kami bertiga ditempatkan di bilik 8207 di tingkat 2. Kalau di Malaysia hotel ini bertaraf 3 atau 4 bintang. Alhamdulillah...sangat selesa. Sebelum ke bilik, Salyna memberitahu kami jadual lawatan untuk siang nanti. Kami akan bertolak dari hotel pada jam 10.30 pagi. Sempatlah kami berehat membetulkan urat-urat yang tersimpul dalam flight tadi. Walaupun tingkap tertutup rapat dan aircond tidak di on, kesejukan masih terasa. Malam pertama di Beijing kedinginan dalam selimut tebal...
Ustaz Faiz & Salyna menguruskan pendaftaran masuk kami di Winterless Hotel.
 

"GOOD MORNING BEIJING"





No comments:

Post a Comment