Pages

Total Pageviews

Monday 28 April 2014

TIANANMEN SQUARE BEIJING

DAY 3

25 Mac 2014 - Selasa  

     Hari ini bangun seawal jam 6.00 pagi bersiap-siap, kemudian turun bersarapan. Kali pertama bersarapan di hotel ini, semalam aku tak turun sebab terlalu letih. Macam-macam makanan yang disediakan tapi kurang menarik perhatianku. Aku hanya mengambil dua keping roti bersama butter serta jem serta segelas jus oren. 

     Selesai sarapan, kami menaiki bas yang telah sedia menunggu kami. Cuaca hari ini lebih sejuk dari semalam. Mungkin kerana kami keluar lebih awal hari ini berbanding semalam. Destinasi pertama kami hari ini ke Tiananmen Square. Untuk sampai ke Tiananmen Square, kami terpaksa melalui lintasan bawah tanah. Sampai di hadapan Muzium of China, kami terpaksa beratur pula untuk melintas jalan ke dua. Walaupun hari ini adalah hari bekerja, tetapi pelawat sangat ramai. Mereka juga seperti kami yang datang dari luar Kota Beijing.

     Menunggu giliran untuk melintas jalan mengambil masa hampir 1 jam. Hari ini Miss Saly membawa dendera kecil supaya kami mudah melihatnya dari jauh.Dari seberang jalan ini kami lihat pelawat sudah memenuhi dataran. Inilah tempat lawatan paling ramai pernah aku lihat selain tempat ibadah seperti Kota Mekah dan Madinah. Sedikit information tentang dataran ini yang aku ambil dari pak cik Wikipedia:

Dataran Tiananmen (Cina Ringkas天安门广场Cina Tradisional天安門廣場pinyin: Tiān'ānmén Guǎngchǎng) ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya BeijingChina, yang dinamakan sempenaTiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina (Lihat Peristiwa di bawah). Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana insiden Bantahan Dataran Tiananmen 1989.
Dataran ini meliputi 40.5 hektar (100.ekar)[1], menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.
Gambar Kenangan bersama group kami. Ramai pula camera man yang tertarik dgn group kami. Di hadapan kami ramai yang turut mangambil gambar. Tak tahulah sama ada mereka suka atau rasa hairan melihat kami.

     Semasa lawatan kami ke Beijing ini isteri Obama dan anak-anaknya juga turut berada di sini. Kami hanya melihat di kaca TV, tidak pula terserempak dengan mereka.
    












No comments:

Post a Comment